Salam 1 Malaysia...
Ish, dup dap dup dap terasa jantung ni. Tak tahu nak cerita perasaan ni. Nak kata takut, kenapa nak takut? Nak kata terkejut,terkejut ke? Aiihhh, entah la. Tak boleh nak imaging laaa..
Camni ceritanya, selepas semayang magrib tadi, saya mengadap lah dunia tanpa sempadan ni sementara menunggu isyak. Macam biase lah, laman yang wajib diterokai ialah laman facebook. Dunia sekarang ni memang femes amous lah kalau bab facebook ni. Kat sini macam-macam ada. Kalau orang yang tak ade profile kat facebook ni dianggap orang duk hujung dunia kot. Kecil besar tua muda, semua tahu laman sosial ni.
Laman yang wajib dijenguk oleh saya ialah page Ustaz Azhar Idrus (origanal). Page ni memang terbaik lah bagi saya. Kat page ni lah orang yang musykil bab hukum hakam,yak ni hukum feqah menyuarakan kemusykilan mereka. Dan-dan masa tu,saya teringat pulak tentang seorang hamba Allah ketika saya berjumpa beliau dekat surau ni.
Kebetulan semasa saya berjumpa dengan beliau, saya telah siap solat, apabila saya toleh ke belakang,beliau tengah bersiap-siap untuk solat. Setelah saya meletakkan telekung pada bahagian rak, tengok-tengok beliau dah angkat takbir dah. Perasaan pelik timbul difikiran.. Beliau solat dengan keadaan pakaian camtu?? Dengan segera saya mencapai tepon dan terus snap picture. Sebenar nya saje je snap sebab nak share dengan sahabat saya yang bernama Emy. Sharing is caring right??
Berbalik kepada tajuk enri saya ni, dengan penuh tanda tanya yang masih belum terjawab ni,ape lagi, saya pun post la kemusykilan saya jugak kat page tersebut. Nak taw saya post ape kat page tu, ni haaa... :
Lepas tu saya upload pula picture disnap bertujuan persoalan yang ditanya itu mudah difahami. Bukan nya untuk mengaibkan beliau. Tapi ape yang aibnya, tak jelas pun bahagian muka.
Selepas post wall tu, nak tahu ape yang jadi??? Hahaha, tak sampai seminit pun ada yang like dan ada yang komen. Saya minta penjelasan & pendapat mengikut hukum berdasarkan dalil aqli ataupun dalil naqli.
Setelah melihat jam, saya cepat-cepat sing out, sebab time for on duty pulak. Settle isyak, saya pergi dinner time kat rumah kawan,akhirnya selamat sampai di tempat kerja.
Tengok laptop ni macam tak running, saya pun ape lagi, running kan je lah. Seperti biase,sign in facebook. Tengok dekat notifications,banyak betul yang masuk. Astagfirullah, bila saya klik bahagian yang saya post wall tadi tu, ramai yang like dan yang komen. Ada yang komen positif dan ada yang komen negatif. Apabila saya membaca komen tersebut,kebanyakkan memberikan komen yang negatif. Besar sungguh dugaan saya. Terasa down pun ada juga time baca komen-komen tersebut. Tapi,setelah difikirkan balik, itu semua adalah percambahan ilmu bagi saya. Mereka yang faham sahaja yang faham kemusykilan tersebut. Sekurang-kurangnya,kes ini dikemukakan.
Dah nampak komen-komen tu macam nak maki hamun, kata mengata, ayat pun macam tak puas hati je dengan kadar segera saya delete wall yang saya post tadi tu. Yelah, Ustaz Azhar ni pun satu, tak de pulak komen. Aiiissshhhhhh
Sampai sekarang,saya tidak jelas lagi dengan kemusykilan ni. Kalau ada sapa-sapa yang ingin membantu,sila tampilkan beserta dengan dalil. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih..
2 comments:
ohh kamu ke y post?
perasan juga bnda ni sbb ada kwn share2 kat fb...terkejut juga tgk gamba tu..
sy pon xpasti...ms sy bc komen2 tu ada y kata makruh..mgkin org tu mazhab lain kan...
mgkin kwn2 yang lebih tahu blh bg komen..:)
Salam Juliet... jwpnnya sah,tapi makhruh
Post a Comment