:::0015::: 5 Tanda Akibat Terlalu Lama "Single"

Salam 1 Malaysia..


Errgghhhh, Alhamdulillah. Baru je lepas makan. Tengah makan-makan kat food court tadi, ternampak lah couple makan suap-suap. Aiiiseehhhm kemain lagi manja-manje. Dan-dan je terasa jeles dalam diri ni.. Addoooiiiii. Tapi sabar ajo lah, nok wat guane.

Adakah anda masih single(perempuan) sehingga sekarang?? kalau ya ini mungkin entri untuk anda.. Jadi single lama sangat pun pening juga..hehe, nak tahu lebih lanjut jom usha entri ni..admin jumpe kat blog En. Nizaru ni..ekeke check it out 5 Tanda Akibat Terlalu Lama ‘Single’.

Pada mulanya menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Anda bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah perempuan, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan anda akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal anda. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang perempuan itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua pakwe suka pada kau
Bila pakwe lalu sebelah & senyum kat kau mulalah perasan diri cun, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat pakwe tadi senyum sebab kau memang comel, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok
– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je. Time hujung bulan je masak,tu pun sebab korang faham-faham je lah time-time hujang bulan ni.

3. Banyak sangat main games
– Game klik-klik?? Farmville, Puzzle?? Level by next level.. Last semua stage sudah diterokai Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada pakwe nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berpakwe. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha boy?

4. Kau meluahkan perasaan dekat lelaki
– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan lelaki kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Pakcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berpakwe.

5. Kau mula remembered pakwe lama kau
– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-boyfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey dahlahh, pergilah lepak mana-mana usha lelaki lain. ye dok?

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...