:::013::: Kelebihan Surah Yaasin

Salam 1 Malaysia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Syukur alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan oleh-Nya. Ucapan syukran jazilan kerana diberikan peluang untuk berkongsi sebuah artikel yang agak menarik untuk sahabat-sahabat sekelian..


For your information, surah yaasin ni adalah salah satu surah yang terkandung di dalam Al-Quran dimana surah tersebut selalu dibaca serta diamalkan oleh muslimin dan muslimat pada setiap malam Jumaat. Akan tetapi,tahukah kita bahawa surah yaasin ini, dibaca tidak kira masa, malah kita akan memperolehi pelbagai khasiat serta kebaikan.


Teringat masa zaman sekolah menengah dulu-dulu. Semasa menduduki exam SMU untuk Form 4, surah ni perlu dihafal bagi madah (matapelajaran) Al-Quran & Tajwid. Sampai sekarang,alhamdulillah still ingat lagi surah yaasin ini yang mengadungi 88 ayat ni.




Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : " Bacalah surah Yaasin kerana ia mengadungi keberkatan".  Iaitu :

  1. Apabila orang lapar membaca surah yaasin, ia boleh jadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah akan meringankan seksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibaca kepada orang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesunggunhya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu adalah Yaasin. Sesiapa yang membacanya, nescaya Allah menulis pahala seperti pahala membaca Al-Quran 10 kali".
  12. Sabda Rasulullah  S.A.W lagi,
  13. "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  14. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  15. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:
  16. "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah yaasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada Al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

P/S : Untuk melepaskan semua rindu yang teramat ni, jom sama-sama kita membaca surah Yaasin. Semoga kehidupan dirahmati serta diredhai oleh-Nya.. Aminnnn

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...