:::35::: Saman

4 comments

Salam 1 Malaysia...

Tengah riuh-rendah sekarang ni pasal AES di mana-mana lebuhraya serta jalan raya biasa. AES ini adalah untuk mengesan pemandu-pemandu yang melanggar had laju. Sesiapa yang over pandu tu,sah-sah kena snap. Pandu cermat,jiwa selamat. Malas dah nak cite palsal AES ni. Sakit hati pulak. Hehehehe.. Lets go to the point.

Dalam pada itu,admin terdetik nak menyemak saman. Manalah tahu,kot-kot ada saman... Jeri jemari sepantas kilat ke sesawang www.myeg.com.my untuk login akaun.  Sekali check,nah hambikkkk koo..

Neno neno neno neno.. Ingat kene saman ni dia bagi warning ke?? Haaa.. ni lah padahnya jika memandu tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Aisehhhh... Admin kene saman speed trap la. Kene dua saman pulak tu ditempat yang sama. Time ni kena kat RAUB, on the way naik ke Sepang la nih.

Alah,bukan nya laju sangat pun admin speed. Biase pandu tidak melebihi dari 120km/j je.(Dah buat salah tak nak mengaku pulak). Siap snap picture kereta lagi tau. Bahaya betul lah,cctv ada dimana-mana sekarang ni. Hehehe. Tapi disini admin tidak attach pict kereta,sebab admin pakai kereta biasa-biasa je. Tak mampu kereta mewah bagai tu.


Mana nak cekau duit bayar semua ni?? Jejas bajet bulanan :(

Kalau la tahu nak snap,mesti admin keluarkan tangan buat "Peace!!"

Terpaksa lah hujung bulan ni pergi balai polis bahagian traffik untuk membayar. Tapi dalam dua lagi ni nak pergi ke tak. Lari bajet bulanan kalau camni. Gaji bukannya besar. Cukup-cukup makan je ni.

P/S : Patuhilah lad laju jalan raya

:::34::: Kelebihan vs Kekurangan

2 comments

Salam 1 Malaysia...

Fuuhhh kanan, fuuhhh kiri.. Banyaknya habuk, plus sawang lagi ni.. Ermmm.. Patut la, dah lama admin tak meng'update blog ni. Hehehe..

Serba kekurangan???? Hurmm.. macam sedih je entry kali ni. Yes, thats right. memang sedih pun. Tapi buat-buat cool je, sebab cuba mendamaikan keadaan.

Setiap manusia yang diciptakan adalah unik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan saling melengkapi di antara satu sama lain.

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.

Tapi, admin rasa macam kena zzaaaaapppp (makna tersirat) bila orang yang mempunyai kelebihan membidas admin yang serba kekurangan ni. Mana taknya, admin ni jenis yang ilmu senipis kulit bawang je. Jika info yang kurang menyakinkan, admin terus je tanya mana dapat info. Manalah tahu, kot-kot info tu salah. Hehehe.. Lalu, informer tu terus pulak baham admin. Aisshhh, hati kecil ni dezap dezusss terasa. Senyap je la, dah kena baham kan. Lagi pun kite bukan tahu info-info ni. Kang kalau berdedat, kalah pulak. Silent is better right??




Kepada yang berkelebihan tu, admin rasa tak payah nak eksyen sangat dengan kelebihan yang ada. Sebab kelebihan serta kekurangan ni balance ok. Lagi pun kita ni saling memerlukan. Sekian, terima kasih.


P/S : Aku bukan mangsa kebulianmu. :(

:::33::: Balik kampung

0 comments

Salam 1 Malaysia,

Dah lama admin tak balik kampung ni. Rindu sangat-sangat dah ni. Wink wink wink... Jauh sungguh kampung admin ni,nun jauh di Pantai Timur sana. Admin berasal daripada Kelantan. Jap lagi entry ni akan berubah loghat dalam loghat Kelantan ye...

10, 9, 8, 7, 6, 5 ,4, 3, 2 dan 1.... Zzzzaaaazzzzz Tinggggg ( Loghat bertukar)

Hoh, loghat bahasa kapung admin bruboh doh ni. Gini, InsyaAllah, hujung bule ney (June 2012) ni admin & housemate will be depart to Klate. Dok sabar ghasonyo nok kelik kapung ni. First in my mind, mesti nok jupo Maa & Aboh. Walaupon Maa & Aboh mari alah sini sokmo, traso jugok rindu tu ko demo. Hehehe..

Tarikh admin nok kelik jatuh kepada hari Rabu, bersamaan date 27 June 2012. InsyaAllah. Nok tahu dok, admin saloh kiro cuti. Kijo pelik pado ore, kijo duo hari, cuti duo hari. Pah tu nyo mari pina mato tengok kalendar. Abis kubey cuti. Jadi dok tratur cuti pown. Nok wat guane,kalu bab kiro-kiro ni admin lemoh sangat. Dok tahu lah bakpo,jak skoloh lagi lemoh. Tapi Alhamdulillah, walaupon lemoh, subjek Math tu lulus weh. Hahahaha..

Admin apply cuti 2 bulan sebelum tarikh cuti. Boss ni pahe-pahe lah. Kalu kuli mitok cuti ni, wat dok reti jah. Admin ni glepar serow nok maroh, last minit sokmo boss wat kijo. Ni pun result cuti dok tahu lagi approved ke dok lagi ni. Oleh sebab semangat nok kelik, up post narak dlm blog ni sedass dulu. Hehehe..

Dok lamo pon admin kelik,dlm 6 hari jah. Kuli keh,mano buleh cuti lamo. Hurmmm,payoh la nok kelik kapung pn. Gini lah kalu kijo tempat ore gak. Kijo pulok kt tepi lade klapo sawet. Tapi syukur Alhamdulillah buleh kijo huduh-huduh gini pown. Buleh la wat blanjo sndiri & adik-adik tu.

Machang.... Tunggu admin ye. InsyaAllah hujung bulan di sampai ke Rumahku Syurgaku. Walaupon lambat lagi, so excited lorh. Hehehehe..



:::32::: Santai santun sunsrise Taman Botani, Putrajaya ('',)

0 comments

Salam 1 Malaysia,


Kali ni admin nak up wall admin ni dengan lebih santai je. Maklumlah, semalam admin & housemate pergi bersantai ke Taman Botani, Putrajaya. Fuuh, tempat dia memang santai & relek je. Dengan kehijaun semulajadi yang dianugerahkan olehNYA, kami sangat teruja serta bersyukur diatas nikmatMU yang diberikan oleh kami. SUBHANALLAH.


Kalau anda semua ingin menikmati suasana yang aman damai, anda bolehlah lepak-lepak kat Taman Botani ni. Di sini admin sertakan map untuk kemudahan anda berkunjung. Sila klik disini untuk view map : Taman Botani, Putrajaya, Map.


Nak dijadikan cerita lagi, dengan tidak sengaja aka kebetulan, admin dan housemate berpakaian lebih kurang atau sama dengan. Hahahaa... Dah ramai dah orang tegur kami ni macam adik beradik. Kemana saja kami pergi berdua je.  Antara statement  yang sering orang menyapa " korang ni adik beradik ke???" tak pun orang tegur " ni yang mana satu kakak yang mana satu adik".. Haaa, lebih kurang cenggitu la statement. Mana taknya, kemana saja, bedua je. Mungkin muka kami ni lebih kurang tembamnya kot. Berdua lebih baik kan??? Sampaikan kawan-kawan pun cakap macam kami ni ada hubungan dot dot dot.. Asagfirullah, mintak jauh-jauh laa. kami kan BFF sebab tu kemana berdua je. Hehehe..


Opppsss, ni nak bercerita pasal taman botani, bukan BFF ok!!!


Taman ni memang banyak ditanam pokok-pokok hijau. Dengan kebersihan yang dijaga, memang sesuai sangat lah untuk bersantai. Tempatnya dikelilingi oleh tasik. Kat tengah-tengah tu,terpacak kedai seafood. Kat sini juga, boleh dijadikan tempat beriadah bagi yang suka sport. Jogging-jogging pun boleh, dating-dating lagi lah sesuai sangat. Tak juga ketinggalan kaki-kaki pengguna DSLR yang nak test power. View memang cantik sangat. Snap sana, snap sini. kehulu kehilir tuk tak tuk tak. Jeles betul admin, masing2 pegang bendalah tu. Haiisshhh, nak jugak, tapi tak mampulah. Admin snap pakai camera by handphone je. Huhuhu


Ni antara view Taman Botani, Putrajaya


 Kawasan parking 

 Dalam ni ada barang bersejarah ni. Nak masuk pakai tiket ok

 Welcome2, ingat masuk free ke?? Bayar laa weiii

 Tasik yang aman

 Best ni kalau main kejar-kejar ni. Hahaha

 Huurrmmm, kiri kanan atas bawah hijau je

Banyak lagi view yang menarik. Serius, memang cantik menarik memang da booommmm... Berkunjunglah anda kesana ye. Picture ni pun admin kopipes en. google je. Hahaha...

Kami pun nak snap juga, tapi by camera handphone je. Pink colour gitu.. Yeeaaahhhh 

 Tersengih jee..

 Kat tangga pun jadi lah

Padang blakang ni boleh buat padang futsal ni.

P/S : Kalau ada masa lagi, nak datang lagi sini. Nyaman weh, cantik pulak tu. Boleh beriadah skali.


:::31::: Si Lulu Yang Comel >)))(:>

2 comments

Salam 1 Malaysia...


Anda semua tahu tak, sekarang admin dah ada teman baru. Teman la sangat kan. (Sambil tangan ke atas bahu dan mata jeling ke atas). Bagus jugak ada teman baru ni, if boring, boleh tengok gelagat Lulu. Macam tengok wayang je rase tengok gelagat Lulu ni. Over la pulak.

Anda semua mesti nak tahu kan, siapa si Lulu ini yang sebenarnya. Lulu diberi nama sempena warna birunya. Adakah ia someone or something special . Haaaa, Lulu ni adalah sekor ikan laga atau kalau kat kampung admin (Kelantan) kami panggil ikan karin.

Admin dengan tidak sengaja telah membeli Lulu ni dengan harga RM 3.00 kat kedai pet shop belakang rumah. Proses pembelian yang tidak disengajakan ini berlaku oleh kerana housemate admin yang teruja sangat nak masuk pet shop tersebut. Alanag-alang masuk, admin and housemate geledah la pet shop tersebut. Shop tu pun bukanya besar sangat pun, shop lot biase je.. Banyak jugak binatang peliharaan yang dijual, macam-macam ikan ada, ada kucing yang bulu lebat-lebat tu, pastu ada hamster, arnab. Kami tertarik ikan je. Binatang lain macam susah je nak jaga. Kebetulan harga Si Lulu ni agak berpatutan, admin angat je lah sekor. Housemate admin dengan exited pun angkat sekor yang telah diberi nama Lilo.

Nak membela Si Lulu bukannya susah pun. Buh je dalam kandang (bekas kecik). Haaa, biar je dia berenang-renang dalam bekas tu. Lagi pun saiz Lulu ni kecik je, sekecik ikan bilis tuu.. Hehehe. Makanan dia, admin beli dengan harga RM 1.20 je, banyak la juga biji-biji tu. Lulu ni tak makan banyak pun, letak 4-5 biji je sehari. Dah nama ikan laga, alang-alang Si Lilo member ada, admin laga-laga kan la. Comel sungguh bila Si Lulu kembang. Jangan laga lama sangat, karang mati tak pasal-pasal. Senang sangat-sangat bela Lulu ni, air tak payah pakai oksigen, letak air masak or air paip yang klorinya kurang. Lebih afdal air yang masak kot. Ala, tak jejas pun bil air. Lebih kurang sebulan dah kot admin berteman dengan Si Lulu ni.


Ni la Lulu

Yaaahhhh... Berenang-renang niii

Posisi Tepi

 
Haaa... Tengok ekor tu, chomel kan??

Ni Lilo, housemate punye

 
Tengah nak laga ni, tengah nak "gomo"

 
Errkkk, muncung terlanggar divider la pulak

Jarak mesti jauh, kang tengok-tengok dah kio'k

 
Lilo tengah menjamu selera


P/S : Modal nak bela ikan laga ni tak sampai seploh hengget pun. Bekas baru RM 3.50 + makanan RM1.20.. Bagus juga ada bende ni, stress pun boleh hilang wooo  >)))(:>

:::30:::Bagaimana nak sharing folder

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Entri ni di create disebabkan requisition from my bff. Budak surveyor ni sebenarnya nak sharing folder dari satu PC ke PC yang lain. Beliau meminta admin create step by step guide untuk sharing folder ni. Lets check it out :

Configure dulu Network and Sharing pada Windows 7, Caranya klik Start - Control Panel :
 

Pilih & Klik " Network and Internet "


Kemudian, di dalam Network and Internet, anda pilih " Network and Sharing Center " :

Klik " Change Advance Sharing Setting " :

 
Just follow this step :
  1. Network Discovery (Turn On )
  2. File and Printer Sharing (Turn On)
  3. Password Protected Sharing ( Turn Off )

  klik Save Change untuk menyimpan semua konfigurasi pada Network and Sharing Center
 
Setting sharing file pada windows xp professional
  1. Buka windows explorer dan buat folder baru yang akan digunakan untuk sharing file.
  2. Klik kanan folder tersebut dan pilih properties.
  3. Klik tab Sharing dan ticks pada bagian Share this folder on the network.
  • Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image
  1. Jika anda mengizinkan orang lain untuk menulis atau menghapus file pada folder tersebut, ticks pada Allow network users to change my files.
  2. Terakhir sekali, klik tombol OK.
Lambang PC tu maknanya anda telah mendapat permission untuk sharing folder tersebut,just double klik je mana-mana sumber yang ingin disharing.


Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

kalau nak lebih mudah lagi, anda boleh pakai sharing folder ni melalui IP Address. Senang je, anda g dekat run & terus je type IP Address seperti gambar ni bawah. Pastikan IP Address betul


Make sure IP Address ditaip seperti ini : \\172.24.21.222\c$

Mesti anda berteka-teki, kat mana nak dapatkan IP Address tu kan? Its easy, please refer below for your reference :


  1. First anda seperti biase klik pada run > cmd
  2. Kemudian pada paparan command promt tersebut anda perlu menaip ipconfig. 
  3. Pastikan IP Address tersebut betul ketika anda sharing.
  4. Ikuti langkah diatas yee
 

P/S : Sebarang pertanyaan & persoalan ketidakfahaman anda mengenai sharing ini,anda boleh contact admin yee.. TQ, Selamat Mencuba. **Sharing is caring**
Keep sharing! Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

:::29::: Kenduri Walimatul Urus

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Walimatul urus??? Tajuk entri macam gempak je. Al-maklum la,cuti sekolah minggu lepas ramai yang buat majlis kenduri kendara. Dah menjadi satu tradisi, cuti sekolah je, mula la ada orang buat majlis ijab & qabul ni. Dah sampai seru,go on je la..

Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada saudara dan rakan-rakan. Semoga bahagia sokmo-sokmo hingga ke akhir hayat. Barakallah ~~



Halim & Pasangan

 
Kimi & Pasangan

 Zaa & Pasangan

Azizi & Pasangan

Anwar & Pasangan

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...