:::022::: Sebab Ditemukan Kita Dengan Orang Yang Salah

0 comments

Salam 1 Malaysia...


  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
  10. Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
  11. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
  12. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
P/S :  Kopipes dari blog arshad

:::021::: Saya & Awak

3 comments

Salam 1 Malaysia...

SLUMBERnya bila SAYA add AWAK
TERUJAnya bila SAYA dah diapproved oleh AWAK
HEPInya bila SAYA dapat berkawan dengan AWAK
BERTUAHnya bila SAYA berpeluang tolong AWAK
EXCITEDnya bila SAYA jumpa AWAK
SERONOKnya bila SAYA dapat bertukar cerita & pendapat dengan AWAK
BESTnya bila SAYA dapat hang out bersama AWAK
SYUKURnya bila SAYA ni  dianggap BFF (Best Friends Forever) AWAK



P/S : SAYA suke AWAK

:::020::: Alahai Batuk

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Kali ni kena on duty malam sampai hujung tahun ni. 
Time malam-malam,mesti best untuk menikmati kenikmatan tidur. 
Seperti biasa,untuk menghilangkan mengatuk,aktiviti melawat kawasan berjalan seperti biasa.
Semasa meround kawasan,ternampak pulak kedai fastfood.
Dengan langkah kanan,terus masuk & order.
Akibat daripada meminum minuman yang tidak sepatutnya minum (minuman sejuk) batuk ni makin menjadi-jadi.
Dah 2 paket strepsils yang berperisa honey & lemon dah duk kemam ni.
Hasilnya tidak memuaskan,makin geli tekak ni adalah.
Mineral water 600ml ni pun dah nak habis sebotol dah diteguk.
Terasa jugak malu dengan orang sebelah ni,kejap-kejap batuk je.
Mintak-mintak la esok batuk ni dah pulih,boleh la saya bersembang dengan jaya nya.
Hehehehe
 


:::019::: Demam lagi...

0 comments

Salam 1 Malaysia...


Huurrmmm,bulan lepas dah demam.. Bulan ni pun demam lagi.. Errmmm,kenapa yep??


Sekian, 

:::018::: Tips Mengatasi Komputer Hang

0 comments

Salam 1 Malaysia..

Dah lama dah tak berkongsi perihal IT ni.. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips perihal semasa menghadapi masalah komputer hang atau "Not Responding". Rasa-rasanya, semua dah arif kot kalau komputer hang ape nak buat kan?Hehehe..

Senang je,jangan nak marah-marah,jangan nak benggang-benggang. Anda tekan je Ctrl + Alt + Del pada keyboard anda tu. Kemudian,paparan Task Manager akan keluar pada screen. Anda End Task je mana-mana Applications yang hang ataupun yang Not Responding tu tadi.


Dengan memanfaatkan file taskkill.exe bawaan windows kita boleh menutup aplikasi not responding dengan jauh lebih mudah. Caranya adalah dengan membuat shortcut ke file taskkill.exe dengan langkah-langkah sebagai berikut :

* Klik kanan desktop Anda, Pilih 'New" - 'Create New Shortcut'

* Copy-paste kod warna merah di bawah ke field location shortcut

taskkill.exe /f /fi "status eq not responding"

Setelah melakukan langkah di atas maka akan ada sebuah shortcut dengan nama 'taskkill'. Dengan men-double click shortcut tersebut, komputer akan secara otomatis mengidentifikasi dan menutup setiap program "Not Responding". Tips ini portable pada Windows XP Pro, Vista dan Windows 7. Selamat Mencuba!!!

:::017::: Jawapan Sudah Terjawab

1 comments

Salam 1 Malaysia...


Syukur Alhamdullah kepada hadrat Illahi dengan limpah & kurnianya kita dapat bersama meneruskan hidup dengan seadanya. Entri kali ni adalah untuk menjelaskan jawapan kepada persoalan yang musykil hari tu. Ingat tak pasal soalan yang saya ajukan? Huurrmmmhhh,mungkin anda terpinga-pinga soalan apakah tersebut. Sila klik disini untuk lebih lanjut : Soalan yang musykil??


Hasil daripada pencarian dari laman web youtube, jawapan yang tertanya-tanya sudah terjawab. Let check it out from this vedio :




Sudah jelas jawapannya di timeline lebih kurang 1:20. Wanita yang berpakaian ketat ketika solat adalah solatnya sah,akan tetapi makruh.


Sekian perkongsian dari saya - Thanks

:::016:::Penjelasan Diminta, Maki Hamun Diterima

2 comments

Salam 1 Malaysia...

Ish, dup dap dup dap terasa jantung ni. Tak tahu nak cerita perasaan ni. Nak kata takut, kenapa nak takut? Nak kata terkejut,terkejut ke? Aiihhh, entah la. Tak boleh nak imaging laaa..

Camni ceritanya, selepas semayang magrib tadi, saya mengadap lah dunia tanpa sempadan ni sementara menunggu isyak. Macam biase lah, laman yang wajib diterokai ialah laman facebook. Dunia sekarang ni memang femes amous lah kalau bab facebook ni. Kat sini macam-macam ada. Kalau orang yang tak ade profile kat facebook ni dianggap orang duk hujung dunia kot. Kecil besar tua muda, semua tahu laman sosial ni.

Laman yang wajib dijenguk oleh saya ialah page Ustaz Azhar Idrus (origanal). Page ni memang terbaik lah bagi saya. Kat page ni lah orang yang musykil bab hukum hakam,yak ni hukum feqah menyuarakan kemusykilan mereka. Dan-dan masa tu,saya teringat pulak tentang seorang hamba Allah ketika saya berjumpa beliau dekat surau ni.

Kebetulan semasa saya berjumpa dengan beliau, saya telah siap solat, apabila saya toleh ke belakang,beliau tengah bersiap-siap untuk solat. Setelah saya meletakkan telekung pada bahagian rak, tengok-tengok beliau dah angkat takbir dah. Perasaan pelik timbul difikiran.. Beliau solat dengan keadaan pakaian camtu?? Dengan segera saya mencapai tepon dan terus snap picture. Sebenar nya saje je snap sebab nak share dengan sahabat saya yang bernama Emy. Sharing is caring right??

Berbalik kepada tajuk enri saya ni, dengan penuh tanda tanya yang masih belum terjawab ni,ape lagi, saya pun post la kemusykilan saya jugak kat page tersebut. Nak taw saya post ape kat page tu, ni haaa... :

Lepas tu saya upload pula picture disnap bertujuan persoalan yang ditanya itu mudah difahami. Bukan nya untuk mengaibkan beliau. Tapi ape yang aibnya, tak jelas pun bahagian muka.

Selepas post wall tu, nak tahu ape yang jadi??? Hahaha, tak sampai seminit pun ada yang like dan ada yang komen. Saya minta penjelasan & pendapat mengikut hukum berdasarkan dalil aqli ataupun dalil naqli.

Setelah melihat jam, saya cepat-cepat sing out, sebab time for on duty pulak. Settle isyak, saya pergi dinner time kat rumah kawan,akhirnya selamat sampai di tempat kerja.

Tengok laptop ni macam tak running, saya pun ape lagi, running kan je lah. Seperti biase,sign in facebook. Tengok dekat notifications,banyak betul yang masuk. Astagfirullah, bila saya klik bahagian yang saya post wall tadi tu, ramai yang like dan yang komen. Ada yang komen positif dan ada yang komen negatif. Apabila saya membaca komen tersebut,kebanyakkan memberikan komen yang negatif. Besar sungguh dugaan saya. Terasa down pun ada juga time baca komen-komen tersebut. Tapi,setelah difikirkan balik, itu semua adalah percambahan ilmu bagi saya. Mereka yang faham sahaja yang faham kemusykilan tersebut. Sekurang-kurangnya,kes ini dikemukakan.

Dah nampak komen-komen tu macam nak maki hamun, kata mengata, ayat pun macam tak puas hati je dengan kadar segera saya delete wall yang saya post tadi tu. Yelah, Ustaz Azhar ni pun satu, tak de pulak komen. Aiiissshhhhhh

Sampai sekarang,saya tidak jelas lagi dengan kemusykilan ni. Kalau ada sapa-sapa yang ingin membantu,sila tampilkan beserta dengan dalil. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih..

:::0015::: 5 Tanda Akibat Terlalu Lama "Single"

0 comments

Salam 1 Malaysia..


Errgghhhh, Alhamdulillah. Baru je lepas makan. Tengah makan-makan kat food court tadi, ternampak lah couple makan suap-suap. Aiiiseehhhm kemain lagi manja-manje. Dan-dan je terasa jeles dalam diri ni.. Addoooiiiii. Tapi sabar ajo lah, nok wat guane.

Adakah anda masih single(perempuan) sehingga sekarang?? kalau ya ini mungkin entri untuk anda.. Jadi single lama sangat pun pening juga..hehe, nak tahu lebih lanjut jom usha entri ni..admin jumpe kat blog En. Nizaru ni..ekeke check it out 5 Tanda Akibat Terlalu Lama ‘Single’.

Pada mulanya menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Anda bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah perempuan, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan anda akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal anda. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang perempuan itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua pakwe suka pada kau
Bila pakwe lalu sebelah & senyum kat kau mulalah perasan diri cun, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat pakwe tadi senyum sebab kau memang comel, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok
– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je. Time hujung bulan je masak,tu pun sebab korang faham-faham je lah time-time hujang bulan ni.

3. Banyak sangat main games
– Game klik-klik?? Farmville, Puzzle?? Level by next level.. Last semua stage sudah diterokai Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada pakwe nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berpakwe. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha boy?

4. Kau meluahkan perasaan dekat lelaki
– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan lelaki kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Pakcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berpakwe.

5. Kau mula remembered pakwe lama kau
– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-boyfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey dahlahh, pergilah lepak mana-mana usha lelaki lain. ye dok?

:::014::: Disebalik On Duty

2 comments

Salam 1 Malaysiaa...

Alamaaak, dah pukul 11.30PM dah.. Hurrrmmmhhhh, masalah problem sungguh lah kalau duk lonely nih.. Benci sungguh. Mana taknya, teman sembang & teman kukik-kukik balik Wangsa Maju coz ada kenduri kawen. Emmmrrhhhh, time ni lah time paling sesuai beramah mesra dengan blog kan?? Klik situ,klik sini. Baca tu,baca ni.. Hehehe.. Tak ade post menarik pun malam ni, jz wanna to sharing about our duty. "our" that mean coz we all on duty in teamwork!!! Yeeaaahhhhh

Disebalik On Duty??? Hahaha.. Hari ni hari AHAD (18 Dec 2011). Orang lain sedang bergembira sebab offday,tapi saya pulak tengah sedang bergembira bekerja. Haaaaa, nasib badan nak buat camne, time kerja tak sama dengan orang yang bekerja office hour. Aaarrgghhh,biar lah,asalkan dapat rezeki yang halal. Mana-mana pun ada rezeki kan?? Allah S.W.T Maha Adil. My partner today is Emy. She very2 sempoi.. Time kitaorang kerja sekali, memang terbaik lah.. Kalau bab2 kukik-kukik lagi lah syok.. Hahaha....

Masuk kerja dari pukul 8am-8pm... Fuuuhhhh,lama betul.. kalau kira-kira dua belas jam jugak waktu bekerja ni. Tapi yang lebih seronok lagi, tang kerja tu duduk melepak je banyak. Hahaha.. Dalam banyak-banyak time, time yang wajib dilalui ialah time makan kita makan, time solat kita solat. Time yang memang time ialah time menyalari internet.. Time ni la pelayaran belayar dengan jaya nya. Bak kata pepatah "Dunia Tanpa Sempadan".  Hahahaha


Dah rase macam BIG Boss pulak,sebab time tu diabiskan untuk melepak je.. Hehehe.. Jangan ingat melepak ni,melepak saje ye.. Kami kena alert jugak tanggungjawab kami yang diamanahkan oleh Boss, karang tak pasal-pasal kena sound sebab attitude ni.

Bulan ni bulan paling banyak saya on duty.. Kebiasaanya dalam sebulan saya hanya bekerja lebih kurang 16 hari sahaja, akan tetapi bulan ni over doss, 21 hari.. Maakkk aaiihh, mana tak nya, rakan kerja semua nya nak habiskan cuti tahunan. Lepas tu, salah seorang tu PL (Privilege Leave). Alhamdulliah,beliau dapat baby boboy.. Congrats babah!!!

Begitulah fenomena waktu bekerja.. sembang + makan = horey horey dan horey!!!


P/S : Sehabisnya on duty tadi, sempat lagi jalan-jalan melawat kawasan. Mana tak nya, kalau balik rumah awal-awal apedehal?? Alhamdulillah, setelah merempit lebih kurang 20km dengan kelajuan 70-80 km/j saya telah selamat sampai di Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) tepat pada pukul 9.30 malam.

:::013::: Kelebihan Surah Yaasin

0 comments

Salam 1 Malaysia...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Syukur alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan oleh-Nya. Ucapan syukran jazilan kerana diberikan peluang untuk berkongsi sebuah artikel yang agak menarik untuk sahabat-sahabat sekelian..


For your information, surah yaasin ni adalah salah satu surah yang terkandung di dalam Al-Quran dimana surah tersebut selalu dibaca serta diamalkan oleh muslimin dan muslimat pada setiap malam Jumaat. Akan tetapi,tahukah kita bahawa surah yaasin ini, dibaca tidak kira masa, malah kita akan memperolehi pelbagai khasiat serta kebaikan.


Teringat masa zaman sekolah menengah dulu-dulu. Semasa menduduki exam SMU untuk Form 4, surah ni perlu dihafal bagi madah (matapelajaran) Al-Quran & Tajwid. Sampai sekarang,alhamdulillah still ingat lagi surah yaasin ini yang mengadungi 88 ayat ni.




Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : " Bacalah surah Yaasin kerana ia mengadungi keberkatan".  Iaitu :

  1. Apabila orang lapar membaca surah yaasin, ia boleh jadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang meninggal dunia, Allah akan meringankan seksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibaca kepada orang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesunggunhya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu adalah Yaasin. Sesiapa yang membacanya, nescaya Allah menulis pahala seperti pahala membaca Al-Quran 10 kali".
  12. Sabda Rasulullah  S.A.W lagi,
  13. "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
  14. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  15. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:
  16. "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah yaasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada Al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

P/S : Untuk melepaskan semua rindu yang teramat ni, jom sama-sama kita membaca surah Yaasin. Semoga kehidupan dirahmati serta diredhai oleh-Nya.. Aminnnn

:::012::: Jom Layan NASYID

0 comments

Salam 1 Malaysia....


Alhamdulillah,hari ini yang bertarikh 16 Dis 2011 bersamaan 21 Muharram 1433H dikurniakan hari JUMAAT yang penuh kedaimaian & kenikmatan dengan limpah kurnia-NYA.
Mentari dah terpacak di tengah2 dah,tapi keboringan telah menguasai diri dah ni..Hidup seorang bujang,opkos lah  boring memanjang..Tak de keje nak buat time off day. But, bile time on duty,terkejar2 jgk..Hahaha


Untuk entri kali ini,saja je nak share dengan korang lagu-lagu nasyid yang saya biasa layan.Best jugak layan nasyid ni kadang-kadang,timbul jugak la rasa dalam diri ni keinsafan sikit.Ada terniat nak topup amalan2 untuk bekalan akhirat kelak..Tapi tu lah,manusia,benda yang baik ni,susah sangat nak follow,kalau benda yang tak ade kena mengena laju jer..Hahaha,bukan nak cakap kat orang,saya sendiri pun camni jugak..Astagfirullahhhhh..


Jom kita terjah nasyid-nasyid yang disukai oleh saya. Tapi old nasyid yep,bukan yang latest punye :


*******************************************************

Tajuk : Taubat Seorang Hamba 
Artis  : Hafiz Hamidun ft Irsyadee




P/S : Best woo,dia punye lirik trasa sungguh. Walaupun lagu ni dah lama dari 2007,tapi best woooo ('',)


*******************************************************


Tajuk : Azimat Ibunda 
Artis  :  Far East




P/S : Perghhhhh..Menusuk kalbu.Yang ni specially for remind about mum ('',)


*******************************************************


Tajuk : Epolig Seorang Hamba
Artis  : Brothers




P/S : Intro memang slow,lirik powerrrrr sehhhh


*******************************************************
Haaaa,ni lah antara nasyid pilihan saya..Memandangkan hari ni offday & xde planning lain,mengadap online aje lah jawabnya..Hehehe

:::011::: Dapatkan Semula File Yang Dijangkiti Virus Shortcut

1 comments

Salam 1 Malaysia...


Hello gurlz & guys,entri kali ni nak cite pasal camne nak clearkan balik virus yang menjadikan folder jadi shortcut.(Mr.Right pnye external baru je kena virus ni). Memang si pembuat virus ni sah2 xde keje betul lah. Saja je nak cari pasal, buat virus & jual antivirus.. Untung la diorang neh.. Yang tak untungnya org yg terkena virus neh.. Saya pn tgh servey gak camne nak buat virus neh,akan tetapi  research by research susah gak nak create virus neh, coomand/cooding dia ntah ape-ape daaa...

Virus ni terjadi mungkin disebabkan oleh virus trojan kot. Ntah la, saya not sure lah bab2 virus ni.. If terkena virus pn, scan je.. Kalau tak jalan gak scan ni, baru cari solution yang lain. Kalau solution lain tak dapat gak, memang last choice format je lah.. Hahaha.. Sonang ajo kojo den, apo-apo format jo,mudoh & copet..(dan2 jerk pakai loghat nogori,padal kawe ore klate, neh sebab baca majalah ujang lah neh)



Sebenarnya virus ni tak de lah bahaya sangat,cuma folder tu hidden je Ia juga menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage & disable task manager, regedit dan sebagainya. Jom kita selongkar cmne nak hapuskan virus shortcut ni tanpa format balik device yang terkena virus ni.


::::::::: Cara Manual ::::::::::


1. Buka 'run' (kalau tak jumpe, korang cari di Search, taip je run)
2. Enter
3. Di 'run' taip cmd
4. Enter
5. Than, taip f: attrib -r -h -s *.* /s /d (f : tu korang kenar tukar ikut lokasi device (pendrive/external)
6. Enter
7. Tunggu laptop korang siap run
8. Buka device korang yang run td tu
9. Tadaaaa,folder tersebut dah clear dah
P/S : untuk mengetahui apakah command2 dalam cmd, sila taip help attrib




:::::::::: Cara Mudah ::::::::::

1.   Gunakan software Geekz Virus Remover 4.1




P/S : Software ni berfungsi : 
1) Logs File.
2) Scan All Drive.
3) Ubah Attribute Hidden + system -> normal.
4) Fix masalah penggunaan CPU usage semasa pendrive dimasukkan.
5) Fix masalah False positive dengan script virus.
6) Mengoptimis enjin mengesan virus.


2. Gunakan software Hidden File Tool. Kemudian run & follow this step



Ok, pada bahagian open path buka direkroti pendrive atau external anda. For example J : dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes klik pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang dijumpai dan anda dapat melihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden. Superhidden ni file yang tak boleh dilihat dengan mudah seperti and show/hide dalam folder options.



Untuk restore file2 yang superhidden,tekan shift dan higlight semua file yg hendak direstore. Than, clik change dan tunggu sebentar sebab file2 tersebut akan direstore kembali.

Lets to checking your pendrive or external, congrats wished coz your shortcut virus already successful  died!!!hehehe

Sekian penjelasan dari saya ('',)

:::010::: Menanti Di Barzakh (Far East)

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Ini merupakan salah satu kategori yang dirancang untuk post dalam blog nii..Hiburan berbentuk nasyid you..Hohoho,bukan la nak kata minat sangat,tapi bila hayati betul-betul dia punye lirik,memang mendalam sungguh.So, why not kalau korang spend some time to layan nasyid ni right??Hehehe..Kalau bab2 nasyid ni,my little sis & bro memang up to date pasal nasyid2 ni..Almaklumlah,sorang ustaz,sorang ustazah.. As u know me, im juz low profile jerk,nothing something interesting about me...Hehehe...Credit no limits to my YAYA & 5-Sal

So, let check it out for the NASYID ::: >>>>


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
Tujuh Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup Untuk ku Mengulangi,

Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Artis: Far East
Album: Halawatul Iman

********************************************************************


:::009:::Lumrah Kehidupan

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
Kadang-kadang kita minta sihat tapi sakit pula yang datang,
Kadang-kadang kita minta tak ade ape-ape tapi masalah pula yang timbul,
Kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang,

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah…
Hebat kan Allah…semua ada hikmah…

Kalaulah manusia tahu hadis ini:
“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik
Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu…
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu…
kerana masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu…
kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..
Kita akan kuat bila mengingatiNYA, LA TAHZAN.


:::008::: Excited!!!!

0 comments

Salam 1 Malaysiaaa...

Waaaaaa..excited nya saya..dup dap dup dap ni wehhh..aissshhhh,dari semalam lg duk camneh.
Cmni cite nya, saya pnye Mr.Right ajak jumpe pagi ni (09 Dec 2011) wehh..adehhhh...xsenang duduk dibuatnya.Kebetulan ari neh Mr.Right ade hal sikit kat putrajaya tuh,dan2 je beliau ajak ketemu...Dah la malam semalam saya kerja,kelmarin dulu tu pulak g mlepak kt subang..ikutkan badan neh memang nk tido jerk.Oleh disebabkan Mr.Right ni,dan2 je bersemangat waja...Aiseymaaannnnn,padahal bende xade ape2 pn,saya punye excited tu lebih..Adehhhhh

Ni duk tengah imaging cmne la nanti bile jumpe eh??Cmne nk control malu nanti ni??Nanti nk sembang pasal ape eh??Kalau saya mamai2 nanti cmne yep??
Aaarrgggghhhhhhhh...

Alamaaakkkk,dup dap dup dap...aiseyyyyyyyyymaaannnn
Mr.Right ni ckp,kami hanya friendship forever jerk..Arrgghhh,friendship pown friendship lah..jnji kami bercontact2 walaupun take time..
Nampak sgt saya ni prasan lebeyyy..Huk Huk Huk

Tapi yang paling syok,Mr.Right ni tak abis2 nak menunaikan hajat beliau untuk belanja saya..Dan yang paling xsyok,kalau beliau tunaikan hajat dia tu,lepas ni agak2 dia nk kawan lg tak dgn saya ni???Xpelah,walau ape pun terjadi,saya tetap excited utk 2nd 'date' ni..Dan kalau lepas ni kalau Mr.Right dah xnk kwn pn xpe,saya tumpang gembira kalau Mr.Right bahagia...(Ceeehhhh,pikir lebih2 la plk)



P/S : Semoga dipermudahkan urusan..Aminnnn..Mode happy!!!Twink twink twink

:::007::: Kalendar 2012

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Kali ni jz nak share dengan anda semua kalendar 2012 dan cuti umum 2012 untuk rakyat Malaysia. Amatlah penting untuk kita mengetahuinya bagi memudahkan kita membuat perancangan sepanjang 2012 (Insyaallah).

Maklumlah,kalau bab2 cuti ni,mesti laju aje kan???Time cuti ni lah kita nak planning ape2 pun. Hari-hari yang dilalui adalah dinanti-nantikan...hehehe

Jom kita lihat kalendar bagi tahun 2012 :


Semoga dengan bantuan kalendar ini,anda dapat membuat perancangan serta melihat tarikh-tarikh yang korang ingin lihat dengan penuh makna.. SELAMAT TAHUN BARU 2012

:::006::: Menghilangkan Windows Genuine Advantage (WGA)

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Windows Genuine Advantage (WGA) membantu anda menentukan samada salinan Windows anda itu adalah asli ataupun tidak..makananya korang punye windows tu cap ayam atau tak..hehehe..yang ori,biase laaa,murah & kualiti agak kurang bagus. ok je pn kalau pakai yang tak ori kn?? tapi bile dapat problems,baru lah kelam bin but...hohohoho

Kebiasaanya, windows genuine ni berlaku & detect pabila korang melayari internet. korang akan dapat pop-up seperti pictcure kat bawah ni.. Pastu,lama-kelamaan windows pun corrupt. Ngeh ngeh ngeh..



Nak taw lebih lanjut pasal Windows Genuine ni klik sini yeee : http://support.microsoft.com/kb/892130/id-id



Berikut adalah cara nak remove Windows Genuine ni :::>>>>

(Manual)

1. Bukak Task Manager (Ctrl+Alt+Del)
2. End Task je bende ni "wgatray.exe" (cari sampai jumpe yee)
3. Restart PC and than masuk safe mode (F8)
4. RUN >> lepas tu taip regedit
5. Cari bende ni kt regedit tu...HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\microsoft\windowsNT\CurrentVersion\Winlogon\Notify, kemudian hapus folder/directory “WGALOGON”
6. Restart PC



(Auto)

Cara ni memang cepat..nama pn auto kan,tak yah nak klik2 setting dah,klik skali je...huhu..akan tetapi,korang kena download lah dulu dia punye software.korang ringan2kan lah tangan tu untuk search "Windows WGA"..belambak kuar..hehe..

Tak pun,korang ambik link ni untuk download WGA ni http://www.4shared.com/file/dkqxCuK-/Windows_7_WGA_Remover_-_Chew_W.html



Sesudah download,korang install kt PC tu,lepastu remove ajo lah yo...lagi lah cepat berbanding cara manual tu..hehe..

Sekian penjelasan daripada saya ('',)

:::005::: How To Connect Broadband To Wifi Hotspot

6 comments

Salamm 1 Malaysia....
Untuk entri kali ni,saya nak cite pasal hal2 pasal IT sikit. s..haring pasal connection hotspot by broadband. mana2 broadband pn boleh connect,asalkan broadband tu boleh access..huhu
Semua orang sekarang ni dah tahu sgt pasal INERNET serta aktif dalam bab2 ni kan??maklumlah,dunia sekarang ni penuh globalisasi dah.. maksud INTERNET ni luas lorhhh..salah satu nya bermaksud salah satu alat perhubungan/komunikasi  antara satu sama lain dengan bantuan rangkaian2 yg lain.
BROADBAND (Jalur Lebar) merupaka salah satu device yang menghubungkan internet ni. Akan tetapi kebiasaannya broadband ni korang pakai untuk SATU pc/laptop je kn?? Entri ni sy nk share cmne nk sharing broadband ni,dijadikan HOTSPOT.. nanti,korang pasni,xyah ler nk passing2 broadband ni,sharing sudahh…boleh pakai ramai (bkn ramai sgt pn,stakat 2-3 users ok lah,byk sgt xleh nk support. Karang slow miloww plk korang nk access)
Cara nak set up untuk sharing broadband ni simple jer,pls follow step below yep. tapi untuk OS Windows 7 Ultimate je taw ::
1) Pastikan wifi pada device (PC,laptop) ON yep
2) Korang bolehlah gerakkan mouse korang ke Menu Start > Control Panel > Network & Internet >  Network & Sharing Center


3)      Klik set up a new connection or network
4)      Scroll bawah skali, pastu klik Set up wireless ad hoc (computer-to-computer) network





5)      Klik Next (Note : Jarak diantara computer to computer tidak lebih 30 kaki yep)

6)      Klik next one more and fill in the blank lerrr… for example like below :



Type
Descriptions
Network Name
Korang isi je lah ape2 yg korang suka.
Eg : zaza
Security type
Kat sini ade byk, better korang select yg “WPA2-Personal” ni je lah…nk explain lebih2 plk,ni dh masuk soal networking da
Security key
Yg ni password untuk connection yg nk sharing tu
Save this network
Yg ni korang blh tick @ untick je..yg ni jz for network name je,xyh save pn xpe..buat semak jerk…hahaha


7)                        7) Maka connection korang tengah set up


8)                     8)  Pop-up ni korang klik je Turn on Internet connection sharing tuuu



9)                            >>>>>>>>>>         Yeeeeeeee,dh connect dh niiii


 9 )  Hurrrmmm….dh enabled dh pn..korang close je lag pop-up yg neh


10 )  Tadaaaa….korang double klik kt connection yg lambang PC tu…korang tgk la connection tu dh ade kn??PC yg nk sharing tu,boleh connect wifi yang korang create tu td…senang & simple je. sape2 nk acess wifi yg korang buat hotspot tu,bukak je wifi and then access je hotspot yg create td tu..dont forget to insert password...security katakan....hehehe




So,SELAMAT MENCUBA!!!



P/S ::: Kalau xdpt, don’t hesitated to contact me..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...