:::35::: Saman

4 comments

Salam 1 Malaysia...

Tengah riuh-rendah sekarang ni pasal AES di mana-mana lebuhraya serta jalan raya biasa. AES ini adalah untuk mengesan pemandu-pemandu yang melanggar had laju. Sesiapa yang over pandu tu,sah-sah kena snap. Pandu cermat,jiwa selamat. Malas dah nak cite palsal AES ni. Sakit hati pulak. Hehehehe.. Lets go to the point.

Dalam pada itu,admin terdetik nak menyemak saman. Manalah tahu,kot-kot ada saman... Jeri jemari sepantas kilat ke sesawang www.myeg.com.my untuk login akaun.  Sekali check,nah hambikkkk koo..

Neno neno neno neno.. Ingat kene saman ni dia bagi warning ke?? Haaa.. ni lah padahnya jika memandu tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Aisehhhh... Admin kene saman speed trap la. Kene dua saman pulak tu ditempat yang sama. Time ni kena kat RAUB, on the way naik ke Sepang la nih.

Alah,bukan nya laju sangat pun admin speed. Biase pandu tidak melebihi dari 120km/j je.(Dah buat salah tak nak mengaku pulak). Siap snap picture kereta lagi tau. Bahaya betul lah,cctv ada dimana-mana sekarang ni. Hehehe. Tapi disini admin tidak attach pict kereta,sebab admin pakai kereta biasa-biasa je. Tak mampu kereta mewah bagai tu.


Mana nak cekau duit bayar semua ni?? Jejas bajet bulanan :(

Kalau la tahu nak snap,mesti admin keluarkan tangan buat "Peace!!"

Terpaksa lah hujung bulan ni pergi balai polis bahagian traffik untuk membayar. Tapi dalam dua lagi ni nak pergi ke tak. Lari bajet bulanan kalau camni. Gaji bukannya besar. Cukup-cukup makan je ni.

P/S : Patuhilah lad laju jalan raya

:::34::: Kelebihan vs Kekurangan

1 comments

Salam 1 Malaysia...

Fuuhhh kanan, fuuhhh kiri.. Banyaknya habuk, plus sawang lagi ni.. Ermmm.. Patut la, dah lama admin tak meng'update blog ni. Hehehe..

Serba kekurangan???? Hurmm.. macam sedih je entry kali ni. Yes, thats right. memang sedih pun. Tapi buat-buat cool je, sebab cuba mendamaikan keadaan.

Setiap manusia yang diciptakan adalah unik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan saling melengkapi di antara satu sama lain.

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.

Tapi, admin rasa macam kena zzaaaaapppp (makna tersirat) bila orang yang mempunyai kelebihan membidas admin yang serba kekurangan ni. Mana taknya, admin ni jenis yang ilmu senipis kulit bawang je. Jika info yang kurang menyakinkan, admin terus je tanya mana dapat info. Manalah tahu, kot-kot info tu salah. Hehehe.. Lalu, informer tu terus pulak baham admin. Aisshhh, hati kecil ni dezap dezusss terasa. Senyap je la, dah kena baham kan. Lagi pun kite bukan tahu info-info ni. Kang kalau berdedat, kalah pulak. Silent is better right??




Kepada yang berkelebihan tu, admin rasa tak payah nak eksyen sangat dengan kelebihan yang ada. Sebab kelebihan serta kekurangan ni balance ok. Lagi pun kita ni saling memerlukan. Sekian, terima kasih.


P/S : Aku bukan mangsa kebulianmu. :(

:::33::: Balik kampung

0 comments

Salam 1 Malaysia,

Dah lama admin tak balik kampung ni. Rindu sangat-sangat dah ni. Wink wink wink... Jauh sungguh kampung admin ni,nun jauh di Pantai Timur sana. Admin berasal daripada Kelantan. Jap lagi entry ni akan berubah loghat dalam loghat Kelantan ye...

10, 9, 8, 7, 6, 5 ,4, 3, 2 dan 1.... Zzzzaaaazzzzz Tinggggg ( Loghat bertukar)

Hoh, loghat bahasa kapung admin bruboh doh ni. Gini, InsyaAllah, hujung bule ney (June 2012) ni admin & housemate will be depart to Klate. Dok sabar ghasonyo nok kelik kapung ni. First in my mind, mesti nok jupo Maa & Aboh. Walaupon Maa & Aboh mari alah sini sokmo, traso jugok rindu tu ko demo. Hehehe..

Tarikh admin nok kelik jatuh kepada hari Rabu, bersamaan date 27 June 2012. InsyaAllah. Nok tahu dok, admin saloh kiro cuti. Kijo pelik pado ore, kijo duo hari, cuti duo hari. Pah tu nyo mari pina mato tengok kalendar. Abis kubey cuti. Jadi dok tratur cuti pown. Nok wat guane,kalu bab kiro-kiro ni admin lemoh sangat. Dok tahu lah bakpo,jak skoloh lagi lemoh. Tapi Alhamdulillah, walaupon lemoh, subjek Math tu lulus weh. Hahahaha..

Admin apply cuti 2 bulan sebelum tarikh cuti. Boss ni pahe-pahe lah. Kalu kuli mitok cuti ni, wat dok reti jah. Admin ni glepar serow nok maroh, last minit sokmo boss wat kijo. Ni pun result cuti dok tahu lagi approved ke dok lagi ni. Oleh sebab semangat nok kelik, up post narak dlm blog ni sedass dulu. Hehehe..

Dok lamo pon admin kelik,dlm 6 hari jah. Kuli keh,mano buleh cuti lamo. Hurmmm,payoh la nok kelik kapung pn. Gini lah kalu kijo tempat ore gak. Kijo pulok kt tepi lade klapo sawet. Tapi syukur Alhamdulillah buleh kijo huduh-huduh gini pown. Buleh la wat blanjo sndiri & adik-adik tu.

Machang.... Tunggu admin ye. InsyaAllah hujung bulan di sampai ke Rumahku Syurgaku. Walaupon lambat lagi, so excited lorh. Hehehehe..



:::32::: Santai santun sunsrise Taman Botani, Putrajaya ('',)

0 comments

Salam 1 Malaysia,


Kali ni admin nak up wall admin ni dengan lebih santai je. Maklumlah, semalam admin & housemate pergi bersantai ke Taman Botani, Putrajaya. Fuuh, tempat dia memang santai & relek je. Dengan kehijaun semulajadi yang dianugerahkan olehNYA, kami sangat teruja serta bersyukur diatas nikmatMU yang diberikan oleh kami. SUBHANALLAH.


Kalau anda semua ingin menikmati suasana yang aman damai, anda bolehlah lepak-lepak kat Taman Botani ni. Di sini admin sertakan map untuk kemudahan anda berkunjung. Sila klik disini untuk view map : Taman Botani, Putrajaya, Map.


Nak dijadikan cerita lagi, dengan tidak sengaja aka kebetulan, admin dan housemate berpakaian lebih kurang atau sama dengan. Hahahaa... Dah ramai dah orang tegur kami ni macam adik beradik. Kemana saja kami pergi berdua je.  Antara statement  yang sering orang menyapa " korang ni adik beradik ke???" tak pun orang tegur " ni yang mana satu kakak yang mana satu adik".. Haaa, lebih kurang cenggitu la statement. Mana taknya, kemana saja, bedua je. Mungkin muka kami ni lebih kurang tembamnya kot. Berdua lebih baik kan??? Sampaikan kawan-kawan pun cakap macam kami ni ada hubungan dot dot dot.. Asagfirullah, mintak jauh-jauh laa. kami kan BFF sebab tu kemana berdua je. Hehehe..


Opppsss, ni nak bercerita pasal taman botani, bukan BFF ok!!!


Taman ni memang banyak ditanam pokok-pokok hijau. Dengan kebersihan yang dijaga, memang sesuai sangat lah untuk bersantai. Tempatnya dikelilingi oleh tasik. Kat tengah-tengah tu,terpacak kedai seafood. Kat sini juga, boleh dijadikan tempat beriadah bagi yang suka sport. Jogging-jogging pun boleh, dating-dating lagi lah sesuai sangat. Tak juga ketinggalan kaki-kaki pengguna DSLR yang nak test power. View memang cantik sangat. Snap sana, snap sini. kehulu kehilir tuk tak tuk tak. Jeles betul admin, masing2 pegang bendalah tu. Haiisshhh, nak jugak, tapi tak mampulah. Admin snap pakai camera by handphone je. Huhuhu


Ni antara view Taman Botani, Putrajaya


 Kawasan parking 

 Dalam ni ada barang bersejarah ni. Nak masuk pakai tiket ok

 Welcome2, ingat masuk free ke?? Bayar laa weiii

 Tasik yang aman

 Best ni kalau main kejar-kejar ni. Hahaha

 Huurrmmm, kiri kanan atas bawah hijau je

Banyak lagi view yang menarik. Serius, memang cantik menarik memang da booommmm... Berkunjunglah anda kesana ye. Picture ni pun admin kopipes en. google je. Hahaha...

Kami pun nak snap juga, tapi by camera handphone je. Pink colour gitu.. Yeeaaahhhh 

 Tersengih jee..

 Kat tangga pun jadi lah

Padang blakang ni boleh buat padang futsal ni.

P/S : Kalau ada masa lagi, nak datang lagi sini. Nyaman weh, cantik pulak tu. Boleh beriadah skali.


:::31::: Si Lulu Yang Comel >)))(:>

2 comments

Salam 1 Malaysia...


Anda semua tahu tak, sekarang admin dah ada teman baru. Teman la sangat kan. (Sambil tangan ke atas bahu dan mata jeling ke atas). Bagus jugak ada teman baru ni, if boring, boleh tengok gelagat Lulu. Macam tengok wayang je rase tengok gelagat Lulu ni. Over la pulak.

Anda semua mesti nak tahu kan, siapa si Lulu ini yang sebenarnya. Lulu diberi nama sempena warna birunya. Adakah ia someone or something special . Haaaa, Lulu ni adalah sekor ikan laga atau kalau kat kampung admin (Kelantan) kami panggil ikan karin.

Admin dengan tidak sengaja telah membeli Lulu ni dengan harga RM 3.00 kat kedai pet shop belakang rumah. Proses pembelian yang tidak disengajakan ini berlaku oleh kerana housemate admin yang teruja sangat nak masuk pet shop tersebut. Alanag-alang masuk, admin and housemate geledah la pet shop tersebut. Shop tu pun bukanya besar sangat pun, shop lot biase je.. Banyak jugak binatang peliharaan yang dijual, macam-macam ikan ada, ada kucing yang bulu lebat-lebat tu, pastu ada hamster, arnab. Kami tertarik ikan je. Binatang lain macam susah je nak jaga. Kebetulan harga Si Lulu ni agak berpatutan, admin angat je lah sekor. Housemate admin dengan exited pun angkat sekor yang telah diberi nama Lilo.

Nak membela Si Lulu bukannya susah pun. Buh je dalam kandang (bekas kecik). Haaa, biar je dia berenang-renang dalam bekas tu. Lagi pun saiz Lulu ni kecik je, sekecik ikan bilis tuu.. Hehehe. Makanan dia, admin beli dengan harga RM 1.20 je, banyak la juga biji-biji tu. Lulu ni tak makan banyak pun, letak 4-5 biji je sehari. Dah nama ikan laga, alang-alang Si Lilo member ada, admin laga-laga kan la. Comel sungguh bila Si Lulu kembang. Jangan laga lama sangat, karang mati tak pasal-pasal. Senang sangat-sangat bela Lulu ni, air tak payah pakai oksigen, letak air masak or air paip yang klorinya kurang. Lebih afdal air yang masak kot. Ala, tak jejas pun bil air. Lebih kurang sebulan dah kot admin berteman dengan Si Lulu ni.


Ni la Lulu

Yaaahhhh... Berenang-renang niii

Posisi Tepi

 
Haaa... Tengok ekor tu, chomel kan??

Ni Lilo, housemate punye

 
Tengah nak laga ni, tengah nak "gomo"

 
Errkkk, muncung terlanggar divider la pulak

Jarak mesti jauh, kang tengok-tengok dah kio'k

 
Lilo tengah menjamu selera


P/S : Modal nak bela ikan laga ni tak sampai seploh hengget pun. Bekas baru RM 3.50 + makanan RM1.20.. Bagus juga ada bende ni, stress pun boleh hilang wooo  >)))(:>

:::30:::Bagaimana nak sharing folder

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Entri ni di create disebabkan requisition from my bff. Budak surveyor ni sebenarnya nak sharing folder dari satu PC ke PC yang lain. Beliau meminta admin create step by step guide untuk sharing folder ni. Lets check it out :

Configure dulu Network and Sharing pada Windows 7, Caranya klik Start - Control Panel :
 

Pilih & Klik " Network and Internet "


Kemudian, di dalam Network and Internet, anda pilih " Network and Sharing Center " :

Klik " Change Advance Sharing Setting " :

 
Just follow this step :
  1. Network Discovery (Turn On )
  2. File and Printer Sharing (Turn On)
  3. Password Protected Sharing ( Turn Off )

  klik Save Change untuk menyimpan semua konfigurasi pada Network and Sharing Center
 
Setting sharing file pada windows xp professional
  1. Buka windows explorer dan buat folder baru yang akan digunakan untuk sharing file.
  2. Klik kanan folder tersebut dan pilih properties.
  3. Klik tab Sharing dan ticks pada bagian Share this folder on the network.
  • Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image
  1. Jika anda mengizinkan orang lain untuk menulis atau menghapus file pada folder tersebut, ticks pada Allow network users to change my files.
  2. Terakhir sekali, klik tombol OK.
Lambang PC tu maknanya anda telah mendapat permission untuk sharing folder tersebut,just double klik je mana-mana sumber yang ingin disharing.


Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

kalau nak lebih mudah lagi, anda boleh pakai sharing folder ni melalui IP Address. Senang je, anda g dekat run & terus je type IP Address seperti gambar ni bawah. Pastikan IP Address betul


Make sure IP Address ditaip seperti ini : \\172.24.21.222\c$

Mesti anda berteka-teki, kat mana nak dapatkan IP Address tu kan? Its easy, please refer below for your reference :


  1. First anda seperti biase klik pada run > cmd
  2. Kemudian pada paparan command promt tersebut anda perlu menaip ipconfig. 
  3. Pastikan IP Address tersebut betul ketika anda sharing.
  4. Ikuti langkah diatas yee
 

P/S : Sebarang pertanyaan & persoalan ketidakfahaman anda mengenai sharing ini,anda boleh contact admin yee.. TQ, Selamat Mencuba. **Sharing is caring**
Keep sharing! Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

:::29::: Kenduri Walimatul Urus

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Walimatul urus??? Tajuk entri macam gempak je. Al-maklum la,cuti sekolah minggu lepas ramai yang buat majlis kenduri kendara. Dah menjadi satu tradisi, cuti sekolah je, mula la ada orang buat majlis ijab & qabul ni. Dah sampai seru,go on je la..

Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada saudara dan rakan-rakan. Semoga bahagia sokmo-sokmo hingga ke akhir hayat. Barakallah ~~



Halim & Pasangan

 
Kimi & Pasangan

 Zaa & Pasangan

Azizi & Pasangan

Anwar & Pasangan

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

:::028::: Eh, Mana Cuti Saya???

1 comments

Salam 1 Malaysia,

 

Masuk-masuk entri je macam nak marah-marah kan? Tengok title pun dah geram. Ni la dinamakan kuli @ pekerja suruhan. Tapi tak pe, bekerja dengan ikhlas Insya-allah berkat. 

Tapi yang admin tak puas hati ni pasal cuti.. Aiihhh, mana admin tak mengamok, tengok balance cuti tinggal 2 hari je. Macam ni ceritanya, balace cuti last admin tengok bulan lepas tinggal 15 hari. Lepas tu,  akhir bulan lepas admin ada apply untuk cuti 3 & 4 April ni. Saje je mintak cuti,sempena untuk mengantar adik bongsu kat airport KLIA ni. Beliau nak g Madinah, interbiu amenda ntah. Alang-alang g Madinah tu, beliau ambik pakej skali umrah. Last week, my leave has been approved. Maka, terasa happy nye laa.. Lepas tu, bila cuti tersebut dah approved maka, email tersebut minta check balance cuti yang ada. Tengok-tengok tinggal 2 hari je.. Ayaakkkkk.. OMG!!!

Wink...wink...wink.. Mana balance cuti ni?? Alamak, ni admin rasa geram ni. Mentang-mentang la cuti pn pakai sistem, sesuka hati beliau je nak potong-potong2 cuti orang. Aisehhh..


Sabar aje lah.. Tapi admin apply lagi cuti untuk bulan 6 ni.. Tapi still pending.. Bos, oh bos.. approvekan lah cuti itu yee.. Walaupun lambat lagi, kalau bos approve baru boleh planing baik punye. Planing make perfect lorhh!!!


Nak kena ni orang HR ni. Hahaha.. Statement macam sound je.. Padahal penakut. Puiihhhh

P/S : Sabar itu separuh daripada iman

:::027::: Tonton Online TV

0 comments

Salam 1 Malaysia..

Hurrmmm...dah lama admin tak update entri kn? Itu tak bermakna admin sibuk,walhal admin saje je tak update. Ini semua disebabkan kemalasan serta ketidak adaan mood untuk publish apa-apa.


Hari ini, admin nak share sikit untuk link tontonan TV secara online. Haaa...semenjak dua menjak ni, ketika keboringan semasa kerja, admin selalu terjah link tersebut..

Jom kawan-kawan kita terjah link ni :
  1. http://www.erama.tv/mobiletv/
  2. http://asyik.tv/widget/1my-web/
Kalau anda semua nak tonton by handphone punye version pun boleh gak. Handphone sekarang kan dah canggih manggih. Kalau korang nak download software tu, sila terjah link ini..
Segala instruction & guide telah tersedia. Rajin-rajin lah baca step by step. Admin boleh bagi link je... Hehehe 

Pastikan kelajuan internet anda OK, nanti tak ada la sangkut-sangkut..

P/S : Selamat menonton

:::026::: 10 Sebab Mr.Right Reject Saya

2 comments

Salam 1 Malaysia...

For your information,my Mr.Right already rejected me.. I was to be professional when i know this matters. So, what should i do?? But it is small matters, to be thinking positive about him. Maybe my Mr.Right got having problems like below :

1.”Duit belum cukup lagi”.
Errm, dia kan baru je lepas graduate. Mana nak cekau duit. Kos kawin sekarang ni besar dan tinggi.

2. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”
Memang susah pun.Kalau boleh dia mesti nak yang sedap mata memandang. Saya ni apa yang ada. Dia     ada degree, saya ada ke??

3."Kalau boleh pilihan keluarga lebih baik dari cari sendiri”.
Haaa, tak payah dia nak pening-pening kepala cari jodoh. Family dah standby dah. Anak soleh kena ikut cakap ayah ibu kan??

4.“Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung dosa isteri” 
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

5.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Kemungkinan dia terkenangkan awek lama dia kot. First in love lagi lebih power lah.

6.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

7.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dia takut saya dikecewakan oleh nya. Lebih baik dia cakap dia belum bersedia.

8.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka.Tapi takut terluka lagi. Lebih baik dia berhati-hati.

9. “Nak carik yang solehah lah”.
Haaa,tengok by penampilan la. Mesti nak yang warak2. Stakat penampilan biasa,sape yang nak.

10. “Saya rindu awak jugak,tapi kalu tunjuk sangat nanti lain pulak jadinya”
Ayat ni memang menunjukkan sangat saya ni membawa masalah baginya


Sekian sahaja 10 sebab mengapa Mr.Right reject saya. So, im single agian.. So, to be best of the best friendship forever. Miss you Mr.Right

:::025::: Kosong

1 comments

Salam 1 Malaysia..






K.O.S.O.N.G = No idea to post






p/s : ~ Just wanna up wall ~

:::024::: Full Time Busy Version "Klate"

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Yakkk,sedar dok sedar ari ni dah 6 Jan 2012 doh eh. Lamo doh dok update post dalam neh. Kali ni tak dok nok crito pasal gapo-gapo pun. Crito pasal rutin harian sari duo ni jah.

Semenjak dua tiga menjak neh, ambo & housemate boleh dikatokan sibuk sokmo. Tapi dok hau lah sibuk ko gapo dio. Mengikut schedule kijo, kijo dua hari, offday duo hari. Kalu time kijo tu, memey xleh elok la. Tapi hok heran bin ajaib,time offday makin busy. Kaloh wakil rakyat, dok lekat rumoh pown. Gi situ, gi sini. Nok kato g kokse dok pun. Mungkin disebabkan kami ni jenis berdikari, blako benda hok kena settle, kena buat sendiri kot. Hok new experience, koya g workshop sendiri. Dengan bantuan saeng-saeng, tenggiling ambo dapat diservice dengan selamat. Biar keno maroh ke tauke kedai pun,sebab tanyo banyok. Ambo buke tahu sangat bab automatif ni, dan-dan keno maroh. Isshhhh, mentang-mentang la kami ni ladies, macam tok se layan jah kami.

Busy busy busy...Mana dok nya, kami baru jah pindoh rumoh baru. Buleh imgaging dok, kami angkut bare ke tingkat empat. Aiissssh, ketar lutut tangan kami ni. Tapi,syukur alhamdulliah, ado jugok jiran hok baik hati. Sek dio tulong angkut bare-bare hok berat like peti ais, mesin basuh serta kabinet dapur. Bare-bare hok selebihnya kami angkut sendiri. Macam dok cayo pulok, dengan kudrat tulang empat kerat kami ni, kami berjaya mengangkut blako bare-bare tu.

Busy punye pasal, nok celebrate bezday masing-masing pon dok dan. Date of birth saya on 29 Dec, manakala housemate saya tu 30 Dec. Selang sari jah. Hurrmmm, tak po lah dok celebrate pun kot, asal kami sihat wakfiat. Dok gitu??? Hehehe.. Trimo kasih la ke siblings & prends coz wished bezday.. Hok dok wish tu, tak po, insyalllah cooming Dec 2012 ni buleh wish.


Aiih, kalu bab sihat walfiat ni, kesihatan saya agak kurang memuaskan. Minggu ni demam plus batuk. Trasa sapa ke urat perot awok eh. Dok lah bakpe jadi gini sari duo ni. Mungkin letih angkut bare,dok pun keadaan cuaca dok tentu. Time sakit gini,mari slalu nyakit 'rindu' ke ore. Biar ore tu dok cara ke kito pun, tapi gak perasaan tu buok-buok ke dia. Alahai,g jauh-jauh la 'rindu' eh.

Akibat busy keterlaluan, date atau hang out bersama saeng-saeng terpaksa dipostpone. Time-time gini,ramai pulok saeng hok ajok lepok skali. "Awak, tahu dok, walaupun saya rindu awak, saeng-saeng saya lagi rindu ke saya taw".. Haaaa, saeng kat opis lamo ambo tu, sokmo dok ngajok bilo nok hang out, kebetulan dok wape nok sehat, postpone laa. Pah, saeng hok duk subang tuh, tadi tibo-tibo call ajok hang out. Hehehe.. Mungkin ambo ni terlalu friendly kot, sebab tu demo ni ajok hang out sokmo. Ambo kalu bab hang out, bereh sokmo. Mesra rakyat. Kalu jadi tok wakil @ YB memey som lah ambo ni. Hehehe

Tapi, molek gok busy ni. Sekure-kure ambo buleh lupo masalah ambo ni. Haaa, masalah ore single, biaso lah dok? sendiri mau kena ingat lah.

Stakat ni sajo entri untuk kali ni,sebab masa dah time. Nok kena hantar report plok. Ore busy macam ambo ni biaso lah, keno punch card smeta-smeta jah. Koya busy, padahal dok pun. Hehehuahaha

P/S : Sesiapa yang tidak understand statement diatas, sila rujuk pakar.. Google translate memang tak dapat nak ditranslate. Ape-ape pun "Orang Muda Geng Kito"

:::023::: Countdown 2012

1 comments

Salam 1 Malaysia...

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana dengan limpah kurnia & izin-Nya dapat kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Sempena 2012 ni,saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada anda semua.

Entri kali ni di post adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman semasa countdown 2012. Alhamdulillah, kelmarin 31/12/2011 saya berpeluang menghadiri satu majlis countdown 2012 yang dianjurkan oleh pihak negeri Selangor, iaitu GeMS (Generasi Muda Negeri Selangor) yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah & sejuta tahniah kepada sahabat yang menjayakan majlis tersebut dari awal sampai akhir. Sambutan memang terbaek dari ladang. Hehehe

Saya berkesempatan menunaikan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Imam Muda Asyraf. Seterusnya dengan sembang santai di antara Ust NorHisham & Imam Muda Asyraf. Seterusnya solat berjamaah yang diimankan oleh Ust NorHisham. Selepas itu persembahan solo dari Sham Kamikazee & Syahir AF 8.






Adegan semakin panas & hebat bila Zizan & Ustaz Azhar berada di stage apabila sesi soal jawab berlangsung. Hebat sungguh mereka ni, kelakar pun ada jugak. Semua audience memang enjoy sebab diorang berkomunikasi dalam loghrat 'ganu'. Memang sempoiiii... Seingat saya, Zizan mengajukan 13 soalan kepada Ustaz Azhar. Antara soalan dan jawapan yang paling sempoi lebih kurang berbunyi begini : " Ustaz, saye memandu kereta dengang kelajuang 180 km/j atah higway LPT. Dengan tiba-tiba kereta ustaz potong saye laju macam pelesik. Soalannya, berapekah meter kerete ustaz??" Hahahaha... Semua gelak time tu.. Dengan slumber pulak ustaz menjawab " biase dalam 400 km/j gok ah kelajuang time tu.. Haaaa,memang klakar & enjoy.. 
Selepas sesi soal jawab pula, next adengan tiru gaya Ustaz Azhar. Hahaha, audience pulak sporting, hurmmmhhhh, lagi lah meriah majlis tersebut. Lepas tu, semantara menunggu detik jam 12 malam, Zizan & Ustaz buat lawak la pulak, Ustaz boleh main gitar. Fuuhhh, memang terbaik laaa.. Riuh betul majlis time tu. I like like like like & enjoy.



Muncul la pula Ustaz Akhil Hay buat performance. Pergghhhhh, maka bertambahlah enjoy semalam. Beliau membuat persembahan dengan menyayikan lagu Maher Zain, Barakallah & lagu Hambamu (Lagu Imam Muda). 


Detik permulaan 2012 dimulakan dengan laungan takbir, “Allahu Akbar!!”, alunan Asma’ ul-Husna dan bacaan doa oleh Ustaz Azhar. Kehadiran yang dianggarkan pada majlis tersebut lebih kurang 80 000 orang. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
 

 
P/S : Keseluhuran majlis A++++++.. Memang enjoy & sempoi ('',)
          "ORANG MUDE GENG KITE"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...