Salam 1 Malaysia,
Kali ni admin nak up wall admin ni dengan lebih santai je. Maklumlah, semalam admin & housemate pergi bersantai ke Taman Botani, Putrajaya. Fuuh, tempat dia memang santai & relek je. Dengan kehijaun semulajadi yang dianugerahkan olehNYA, kami sangat teruja serta bersyukur diatas nikmatMU yang diberikan oleh kami. SUBHANALLAH.
Kalau anda semua ingin menikmati suasana yang aman damai, anda bolehlah lepak-lepak kat Taman Botani ni. Di sini admin sertakan map untuk kemudahan anda berkunjung. Sila klik disini untuk view map : Taman Botani, Putrajaya, Map.
Nak dijadikan cerita lagi, dengan tidak sengaja aka kebetulan, admin dan housemate berpakaian lebih kurang atau sama dengan. Hahahaa... Dah ramai dah orang tegur kami ni macam adik beradik. Kemana saja kami pergi berdua je. Antara statement yang sering orang menyapa " korang ni adik beradik ke???" tak pun orang tegur " ni yang mana satu kakak yang mana satu adik".. Haaa, lebih kurang cenggitu la statement. Mana taknya, kemana saja, bedua je. Mungkin muka kami ni lebih kurang tembamnya kot. Berdua lebih baik kan??? Sampaikan kawan-kawan pun cakap macam kami ni ada hubungan dot dot dot.. Asagfirullah, mintak jauh-jauh laa. kami kan BFF sebab tu kemana berdua je. Hehehe..
Opppsss, ni nak bercerita pasal taman botani, bukan BFF ok!!!
Taman ni memang banyak ditanam pokok-pokok hijau. Dengan kebersihan yang dijaga, memang sesuai sangat lah untuk bersantai. Tempatnya dikelilingi oleh tasik. Kat tengah-tengah tu,terpacak kedai seafood. Kat sini juga, boleh dijadikan tempat beriadah bagi yang suka sport. Jogging-jogging pun boleh, dating-dating lagi lah sesuai sangat. Tak juga ketinggalan kaki-kaki pengguna DSLR yang nak test power. View memang cantik sangat. Snap sana, snap sini. kehulu kehilir tuk tak tuk tak. Jeles betul admin, masing2 pegang bendalah tu. Haiisshhh, nak jugak, tapi tak mampulah. Admin snap pakai camera by handphone je. Huhuhu
Ni antara view Taman Botani, Putrajaya
Pages
:::32::: Santai santun sunsrise Taman Botani, Putrajaya ('',)
Labels: santai putrajaya, taman botani putrajaya Kawasan parking
Dalam ni ada barang bersejarah ni. Nak masuk pakai tiket ok
Welcome2, ingat masuk free ke?? Bayar laa weiii
Tasik yang aman
Best ni kalau main kejar-kejar ni. Hahaha
Huurrmmm, kiri kanan atas bawah hijau je
Banyak lagi view yang menarik. Serius, memang cantik menarik memang da booommmm... Berkunjunglah anda kesana ye. Picture ni pun admin kopipes en. google je. Hahaha...
Kami pun nak snap juga, tapi by camera handphone je. Pink colour gitu.. Yeeaaahhhh
Tersengih jee..
Kat tangga pun jadi lah
Padang blakang ni boleh buat padang futsal ni.
P/S : Kalau ada masa lagi, nak datang lagi sini. Nyaman weh, cantik pulak tu. Boleh beriadah skali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Design and Icons by N.Design Studio | Blogger Templates by Blog and Web
0 comments:
Post a Comment