:::023::: Countdown 2012

Salam 1 Malaysia...

Bersyukur ke hadrat Illahi,kerana dengan limpah kurnia & izin-Nya dapat kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Sempena 2012 ni,saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada anda semua.

Entri kali ni di post adalah untuk berkongsi sedikit pengalaman semasa countdown 2012. Alhamdulillah, kelmarin 31/12/2011 saya berpeluang menghadiri satu majlis countdown 2012 yang dianjurkan oleh pihak negeri Selangor, iaitu GeMS (Generasi Muda Negeri Selangor) yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alhamdulillah & sejuta tahniah kepada sahabat yang menjayakan majlis tersebut dari awal sampai akhir. Sambutan memang terbaek dari ladang. Hehehe

Saya berkesempatan menunaikan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Imam Muda Asyraf. Seterusnya dengan sembang santai di antara Ust NorHisham & Imam Muda Asyraf. Seterusnya solat berjamaah yang diimankan oleh Ust NorHisham. Selepas itu persembahan solo dari Sham Kamikazee & Syahir AF 8.






Adegan semakin panas & hebat bila Zizan & Ustaz Azhar berada di stage apabila sesi soal jawab berlangsung. Hebat sungguh mereka ni, kelakar pun ada jugak. Semua audience memang enjoy sebab diorang berkomunikasi dalam loghrat 'ganu'. Memang sempoiiii... Seingat saya, Zizan mengajukan 13 soalan kepada Ustaz Azhar. Antara soalan dan jawapan yang paling sempoi lebih kurang berbunyi begini : " Ustaz, saye memandu kereta dengang kelajuang 180 km/j atah higway LPT. Dengan tiba-tiba kereta ustaz potong saye laju macam pelesik. Soalannya, berapekah meter kerete ustaz??" Hahahaha... Semua gelak time tu.. Dengan slumber pulak ustaz menjawab " biase dalam 400 km/j gok ah kelajuang time tu.. Haaaa,memang klakar & enjoy.. 
Selepas sesi soal jawab pula, next adengan tiru gaya Ustaz Azhar. Hahaha, audience pulak sporting, hurmmmhhhh, lagi lah meriah majlis tersebut. Lepas tu, semantara menunggu detik jam 12 malam, Zizan & Ustaz buat lawak la pulak, Ustaz boleh main gitar. Fuuhhh, memang terbaik laaa.. Riuh betul majlis time tu. I like like like like & enjoy.



Muncul la pula Ustaz Akhil Hay buat performance. Pergghhhhh, maka bertambahlah enjoy semalam. Beliau membuat persembahan dengan menyayikan lagu Maher Zain, Barakallah & lagu Hambamu (Lagu Imam Muda). 


Detik permulaan 2012 dimulakan dengan laungan takbir, “Allahu Akbar!!”, alunan Asma’ ul-Husna dan bacaan doa oleh Ustaz Azhar. Kehadiran yang dianggarkan pada majlis tersebut lebih kurang 80 000 orang. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
 

 
P/S : Keseluhuran majlis A++++++.. Memang enjoy & sempoi ('',)
          "ORANG MUDE GENG KITE"

1 comments:

ابن يس said...

Terima kasih kerana sudi hadir dan memberi sokongan. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...