:::31::: Si Lulu Yang Comel >)))(:>

Salam 1 Malaysia...


Anda semua tahu tak, sekarang admin dah ada teman baru. Teman la sangat kan. (Sambil tangan ke atas bahu dan mata jeling ke atas). Bagus jugak ada teman baru ni, if boring, boleh tengok gelagat Lulu. Macam tengok wayang je rase tengok gelagat Lulu ni. Over la pulak.

Anda semua mesti nak tahu kan, siapa si Lulu ini yang sebenarnya. Lulu diberi nama sempena warna birunya. Adakah ia someone or something special . Haaaa, Lulu ni adalah sekor ikan laga atau kalau kat kampung admin (Kelantan) kami panggil ikan karin.

Admin dengan tidak sengaja telah membeli Lulu ni dengan harga RM 3.00 kat kedai pet shop belakang rumah. Proses pembelian yang tidak disengajakan ini berlaku oleh kerana housemate admin yang teruja sangat nak masuk pet shop tersebut. Alanag-alang masuk, admin and housemate geledah la pet shop tersebut. Shop tu pun bukanya besar sangat pun, shop lot biase je.. Banyak jugak binatang peliharaan yang dijual, macam-macam ikan ada, ada kucing yang bulu lebat-lebat tu, pastu ada hamster, arnab. Kami tertarik ikan je. Binatang lain macam susah je nak jaga. Kebetulan harga Si Lulu ni agak berpatutan, admin angat je lah sekor. Housemate admin dengan exited pun angkat sekor yang telah diberi nama Lilo.

Nak membela Si Lulu bukannya susah pun. Buh je dalam kandang (bekas kecik). Haaa, biar je dia berenang-renang dalam bekas tu. Lagi pun saiz Lulu ni kecik je, sekecik ikan bilis tuu.. Hehehe. Makanan dia, admin beli dengan harga RM 1.20 je, banyak la juga biji-biji tu. Lulu ni tak makan banyak pun, letak 4-5 biji je sehari. Dah nama ikan laga, alang-alang Si Lilo member ada, admin laga-laga kan la. Comel sungguh bila Si Lulu kembang. Jangan laga lama sangat, karang mati tak pasal-pasal. Senang sangat-sangat bela Lulu ni, air tak payah pakai oksigen, letak air masak or air paip yang klorinya kurang. Lebih afdal air yang masak kot. Ala, tak jejas pun bil air. Lebih kurang sebulan dah kot admin berteman dengan Si Lulu ni.


Ni la Lulu

Yaaahhhh... Berenang-renang niii

Posisi Tepi

 
Haaa... Tengok ekor tu, chomel kan??

Ni Lilo, housemate punye

 
Tengah nak laga ni, tengah nak "gomo"

 
Errkkk, muncung terlanggar divider la pulak

Jarak mesti jauh, kang tengok-tengok dah kio'k

 
Lilo tengah menjamu selera


P/S : Modal nak bela ikan laga ni tak sampai seploh hengget pun. Bekas baru RM 3.50 + makanan RM1.20.. Bagus juga ada bende ni, stress pun boleh hilang wooo  >)))(:>

2 comments:

Nugrul Sakura said...

comel nyer lilo saye...hehehe

eLL said...

cantik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...