:::32::: Santai santun sunsrise Taman Botani, Putrajaya ('',)

0 comments

Salam 1 Malaysia,


Kali ni admin nak up wall admin ni dengan lebih santai je. Maklumlah, semalam admin & housemate pergi bersantai ke Taman Botani, Putrajaya. Fuuh, tempat dia memang santai & relek je. Dengan kehijaun semulajadi yang dianugerahkan olehNYA, kami sangat teruja serta bersyukur diatas nikmatMU yang diberikan oleh kami. SUBHANALLAH.


Kalau anda semua ingin menikmati suasana yang aman damai, anda bolehlah lepak-lepak kat Taman Botani ni. Di sini admin sertakan map untuk kemudahan anda berkunjung. Sila klik disini untuk view map : Taman Botani, Putrajaya, Map.


Nak dijadikan cerita lagi, dengan tidak sengaja aka kebetulan, admin dan housemate berpakaian lebih kurang atau sama dengan. Hahahaa... Dah ramai dah orang tegur kami ni macam adik beradik. Kemana saja kami pergi berdua je.  Antara statement  yang sering orang menyapa " korang ni adik beradik ke???" tak pun orang tegur " ni yang mana satu kakak yang mana satu adik".. Haaa, lebih kurang cenggitu la statement. Mana taknya, kemana saja, bedua je. Mungkin muka kami ni lebih kurang tembamnya kot. Berdua lebih baik kan??? Sampaikan kawan-kawan pun cakap macam kami ni ada hubungan dot dot dot.. Asagfirullah, mintak jauh-jauh laa. kami kan BFF sebab tu kemana berdua je. Hehehe..


Opppsss, ni nak bercerita pasal taman botani, bukan BFF ok!!!


Taman ni memang banyak ditanam pokok-pokok hijau. Dengan kebersihan yang dijaga, memang sesuai sangat lah untuk bersantai. Tempatnya dikelilingi oleh tasik. Kat tengah-tengah tu,terpacak kedai seafood. Kat sini juga, boleh dijadikan tempat beriadah bagi yang suka sport. Jogging-jogging pun boleh, dating-dating lagi lah sesuai sangat. Tak juga ketinggalan kaki-kaki pengguna DSLR yang nak test power. View memang cantik sangat. Snap sana, snap sini. kehulu kehilir tuk tak tuk tak. Jeles betul admin, masing2 pegang bendalah tu. Haiisshhh, nak jugak, tapi tak mampulah. Admin snap pakai camera by handphone je. Huhuhu


Ni antara view Taman Botani, Putrajaya


 Kawasan parking 

 Dalam ni ada barang bersejarah ni. Nak masuk pakai tiket ok

 Welcome2, ingat masuk free ke?? Bayar laa weiii

 Tasik yang aman

 Best ni kalau main kejar-kejar ni. Hahaha

 Huurrmmm, kiri kanan atas bawah hijau je

Banyak lagi view yang menarik. Serius, memang cantik menarik memang da booommmm... Berkunjunglah anda kesana ye. Picture ni pun admin kopipes en. google je. Hahaha...

Kami pun nak snap juga, tapi by camera handphone je. Pink colour gitu.. Yeeaaahhhh 

 Tersengih jee..

 Kat tangga pun jadi lah

Padang blakang ni boleh buat padang futsal ni.

P/S : Kalau ada masa lagi, nak datang lagi sini. Nyaman weh, cantik pulak tu. Boleh beriadah skali.


:::31::: Si Lulu Yang Comel >)))(:>

2 comments

Salam 1 Malaysia...


Anda semua tahu tak, sekarang admin dah ada teman baru. Teman la sangat kan. (Sambil tangan ke atas bahu dan mata jeling ke atas). Bagus jugak ada teman baru ni, if boring, boleh tengok gelagat Lulu. Macam tengok wayang je rase tengok gelagat Lulu ni. Over la pulak.

Anda semua mesti nak tahu kan, siapa si Lulu ini yang sebenarnya. Lulu diberi nama sempena warna birunya. Adakah ia someone or something special . Haaaa, Lulu ni adalah sekor ikan laga atau kalau kat kampung admin (Kelantan) kami panggil ikan karin.

Admin dengan tidak sengaja telah membeli Lulu ni dengan harga RM 3.00 kat kedai pet shop belakang rumah. Proses pembelian yang tidak disengajakan ini berlaku oleh kerana housemate admin yang teruja sangat nak masuk pet shop tersebut. Alanag-alang masuk, admin and housemate geledah la pet shop tersebut. Shop tu pun bukanya besar sangat pun, shop lot biase je.. Banyak jugak binatang peliharaan yang dijual, macam-macam ikan ada, ada kucing yang bulu lebat-lebat tu, pastu ada hamster, arnab. Kami tertarik ikan je. Binatang lain macam susah je nak jaga. Kebetulan harga Si Lulu ni agak berpatutan, admin angat je lah sekor. Housemate admin dengan exited pun angkat sekor yang telah diberi nama Lilo.

Nak membela Si Lulu bukannya susah pun. Buh je dalam kandang (bekas kecik). Haaa, biar je dia berenang-renang dalam bekas tu. Lagi pun saiz Lulu ni kecik je, sekecik ikan bilis tuu.. Hehehe. Makanan dia, admin beli dengan harga RM 1.20 je, banyak la juga biji-biji tu. Lulu ni tak makan banyak pun, letak 4-5 biji je sehari. Dah nama ikan laga, alang-alang Si Lilo member ada, admin laga-laga kan la. Comel sungguh bila Si Lulu kembang. Jangan laga lama sangat, karang mati tak pasal-pasal. Senang sangat-sangat bela Lulu ni, air tak payah pakai oksigen, letak air masak or air paip yang klorinya kurang. Lebih afdal air yang masak kot. Ala, tak jejas pun bil air. Lebih kurang sebulan dah kot admin berteman dengan Si Lulu ni.


Ni la Lulu

Yaaahhhh... Berenang-renang niii

Posisi Tepi

 
Haaa... Tengok ekor tu, chomel kan??

Ni Lilo, housemate punye

 
Tengah nak laga ni, tengah nak "gomo"

 
Errkkk, muncung terlanggar divider la pulak

Jarak mesti jauh, kang tengok-tengok dah kio'k

 
Lilo tengah menjamu selera


P/S : Modal nak bela ikan laga ni tak sampai seploh hengget pun. Bekas baru RM 3.50 + makanan RM1.20.. Bagus juga ada bende ni, stress pun boleh hilang wooo  >)))(:>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...