:::30:::Bagaimana nak sharing folder

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Entri ni di create disebabkan requisition from my bff. Budak surveyor ni sebenarnya nak sharing folder dari satu PC ke PC yang lain. Beliau meminta admin create step by step guide untuk sharing folder ni. Lets check it out :

Configure dulu Network and Sharing pada Windows 7, Caranya klik Start - Control Panel :
 

Pilih & Klik " Network and Internet "


Kemudian, di dalam Network and Internet, anda pilih " Network and Sharing Center " :

Klik " Change Advance Sharing Setting " :

 
Just follow this step :
  1. Network Discovery (Turn On )
  2. File and Printer Sharing (Turn On)
  3. Password Protected Sharing ( Turn Off )

  klik Save Change untuk menyimpan semua konfigurasi pada Network and Sharing Center
 
Setting sharing file pada windows xp professional
  1. Buka windows explorer dan buat folder baru yang akan digunakan untuk sharing file.
  2. Klik kanan folder tersebut dan pilih properties.
  3. Klik tab Sharing dan ticks pada bagian Share this folder on the network.
  • Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image
  1. Jika anda mengizinkan orang lain untuk menulis atau menghapus file pada folder tersebut, ticks pada Allow network users to change my files.
  2. Terakhir sekali, klik tombol OK.
Lambang PC tu maknanya anda telah mendapat permission untuk sharing folder tersebut,just double klik je mana-mana sumber yang ingin disharing.


Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

kalau nak lebih mudah lagi, anda boleh pakai sharing folder ni melalui IP Address. Senang je, anda g dekat run & terus je type IP Address seperti gambar ni bawah. Pastikan IP Address betul


Make sure IP Address ditaip seperti ini : \\172.24.21.222\c$

Mesti anda berteka-teki, kat mana nak dapatkan IP Address tu kan? Its easy, please refer below for your reference :


  1. First anda seperti biase klik pada run > cmd
  2. Kemudian pada paparan command promt tersebut anda perlu menaip ipconfig. 
  3. Pastikan IP Address tersebut betul ketika anda sharing.
  4. Ikuti langkah diatas yee
 

P/S : Sebarang pertanyaan & persoalan ketidakfahaman anda mengenai sharing ini,anda boleh contact admin yee.. TQ, Selamat Mencuba. **Sharing is caring**
Keep sharing! Share Folder Jaringan Antara Windows 7 dan XP Image

:::29::: Kenduri Walimatul Urus

0 comments

Salam 1 Malaysia...

Walimatul urus??? Tajuk entri macam gempak je. Al-maklum la,cuti sekolah minggu lepas ramai yang buat majlis kenduri kendara. Dah menjadi satu tradisi, cuti sekolah je, mula la ada orang buat majlis ijab & qabul ni. Dah sampai seru,go on je la..

Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada saudara dan rakan-rakan. Semoga bahagia sokmo-sokmo hingga ke akhir hayat. Barakallah ~~



Halim & Pasangan

 
Kimi & Pasangan

 Zaa & Pasangan

Azizi & Pasangan

Anwar & Pasangan

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

:::028::: Eh, Mana Cuti Saya???

1 comments

Salam 1 Malaysia,

 

Masuk-masuk entri je macam nak marah-marah kan? Tengok title pun dah geram. Ni la dinamakan kuli @ pekerja suruhan. Tapi tak pe, bekerja dengan ikhlas Insya-allah berkat. 

Tapi yang admin tak puas hati ni pasal cuti.. Aiihhh, mana admin tak mengamok, tengok balance cuti tinggal 2 hari je. Macam ni ceritanya, balace cuti last admin tengok bulan lepas tinggal 15 hari. Lepas tu,  akhir bulan lepas admin ada apply untuk cuti 3 & 4 April ni. Saje je mintak cuti,sempena untuk mengantar adik bongsu kat airport KLIA ni. Beliau nak g Madinah, interbiu amenda ntah. Alang-alang g Madinah tu, beliau ambik pakej skali umrah. Last week, my leave has been approved. Maka, terasa happy nye laa.. Lepas tu, bila cuti tersebut dah approved maka, email tersebut minta check balance cuti yang ada. Tengok-tengok tinggal 2 hari je.. Ayaakkkkk.. OMG!!!

Wink...wink...wink.. Mana balance cuti ni?? Alamak, ni admin rasa geram ni. Mentang-mentang la cuti pn pakai sistem, sesuka hati beliau je nak potong-potong2 cuti orang. Aisehhh..


Sabar aje lah.. Tapi admin apply lagi cuti untuk bulan 6 ni.. Tapi still pending.. Bos, oh bos.. approvekan lah cuti itu yee.. Walaupun lambat lagi, kalau bos approve baru boleh planing baik punye. Planing make perfect lorhh!!!


Nak kena ni orang HR ni. Hahaha.. Statement macam sound je.. Padahal penakut. Puiihhhh

P/S : Sabar itu separuh daripada iman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...