:::004::: Kerja Kerja Kerja Kerja & Kerja

1 comments


Salam...

Alahai kehidupan kerjaaa….fuuhhhh
Step by step kena lalui kn? Dari kecik sampai lah ke besar,dari baby sampai lah dh dewasa..lepas dewasa meningkat ke tua!!! Alhamdulillah,dengan izin-Nya saya dapat lalui kehidupan saya ni dengan penuh pembelajaran & pengajaran. Itulah KEHIDUPAN/LIFE.
Lepas abes blajar PASTI,saya disekolahkan di sekolah RENDAH, pergi plk ke sekolah Menengah. And last sy bertapa plk di Kolej (Universiti xdpt la baii,sbb spm pn dpt ala kadar je pown..he3)
Setelah tamat bertapa, saya pn meneruskan kehidupan saya dengan  bekerja sebagai kuli. (nak jd boss,xmampu sbb modal+pengalaman kosong).

Seperti anda maklum, kerja ni ade orang cakap macam BERJIHAD, betul ke?? Come to research about this with me.. (credits to en.wikipedia)

DEFINISI KERJA


Korang faham tak ape yang diatas tu?? Maksud dia lebih kurang macam ni lah,sebab tu takrif kerja dari segi matematik/fizik..kerja merupakan sesuatu yang dikeluarkan oleh seseorang sebagai profesi, sengaja dilakukan untuk mendapatkan penghasilan/sasaran.Pengeluaran.tindakan energi (daya) untuk kegiatan yang dibutuhkan oleh seseorang untuk mencapai tujuan tertentu. Betul x ?? mana tak nya, kalau xkeje nak mkn ape beb, lain lah kalau ade orang nk sara kita kn ??yang nk menyara kita tu pn mesti bekerja.. senang cite,kerja ni untuk mendapatkan habuan (yakni DUIT) Duit merupakan salah satu benda yang paling penting dlm abad ini,DUIT adalah segalanya kn ??

Lets learn to more…….

MANUSIA memandang KERJA
  • Tanpa bekerja hidup akan terasa bagus, pekerjaan yang tidak memuaskan akan membuat hidup tidak selesa
  • Kerja sesuatu yang diinginkan oleh manusia.
  • Manusia perlu bekerja & ingin bekerja dan pekerjaan itu memberikan kegembiraan serta keselesaan dimana kesesuaian lokasi kerja.
JENIS PEKERJA
  • Workaholic: Orang yang kecanduan kerja
i)        Sangat terikat pada pekerjaan
ii)      Tidak boleh berhenti bekerja
  • Workshy: Orang yang malas bekerja
i)        Tidak mahu melakukan pekerjaan
ii)      Pekerjaan sesuatu yang menjijikan

  • Work Tolerant: Orang yang bekerja sesedikit mungkin untuk mendapatkan hasil yang maksimum
i)     Memandang pekerjaan sebagai sesuatu yang tidak disenangi tetapi harus dilakukan 

Agak2, yang mana satu kategori korang yep ???(bg yang bekerja shj ok)hehehe..Alah,xkisah lah mana2 pn kn,asal kn tempat kerja & situasi kerja sesuai serta selamat...janji MAJIKANperlu menjaga kebajikan perkerjanya..GAJI & BONUS tetap ade..pastu KWSP & SOCSO pn kena ada..hik3.. nk dptkan semua tu,kena lah tunjuk skill yg bagus,jgn buat hal plk yep..kerja tu biar ringan tulang skit,jgn berat punggung plk..huhu..--- Reminder utk diri sendiri jgk ni ---




Orientasi Manusia dalam BERKERJA
  • Orientasi Ekonomi (Instrumental): mesti laa,sebab kerja nk dapatkan habuan,bukan perah tenaga kerja gitu2 je kn ???
  • Orientasi Sosial (Relasional): pekerajaan sebagai suatu lingkungan sosial diantara sesama masyarakat 1 Malaysia ni.. sebab tu lah terjadi nye cinta part-time (just kidding..hehe) Biase lah,pekerja akan menghabiskan masa beliau lbh kurang 8 jam sehari berbanding masa di rumah.. (Tu xcite lg psl masa utk traffic jem..he3)
  • Orientasi Psikologis (Personal): pekerja mengembangkan diri dan memenuhi kebutuhannya dari pekerjaan yang dilakukan. Yakni, leh tunjuk skill atau kebolehan buat kerja (boleh la berlagak,dgn ilmu yg ada tu,hik3).. xpun,buat2 pandai..huhuhu
FAKTOR pengaruh tentang KERJA
  • Pengaruh Situasional: (Hal yang kini dihadapi (dialami) oleh manusia contohnya: usia, status, pekerjaan sekarang, penghasilan, dll.)
  • Pengalamana Masa Lalu (Segala macam yang pernah dialami oleh manusia dari dulu sampai sekarang contohnya pekerjaan yang lepasserta riwayat pendidikan, latar belakang keluarga, dll)

P/S : Bokojo lah kito sekuek nyo, berusoho lah kito,sekuak nyo dari pagi sampe senjo..hohoho




:::003::: ~ R.I.N.D.U ~

1 comments

Salam...


Semua orang berperasaan kan??Jika seseorang itu tidak berperasaan,maka itu dipanggil kehidupan yang tidak normal..Saya adalah salah seorang hamba-Nya yang bertuah memiliki perasaan yg lengkap seperti rindu,sayang,cinta & kasih.. (waaaa,xmalu nye mengaku kn???) tp nk wt cmne,memang ni adalah perasaan yg normal ('',) Tu tak bercerita lagi pasal perasaan marah,benci,geram,meluat, etc....(nk menaip jenuh la weiii,pikir lah sndri ape2 prasaan pn,yg penting i feel good) ngeh,ngeh ngeh

Entri kali ni,nok cite psl  R.I.N.D.U je...he3





Jarang2 rindu ni amat menyakitkan (sakit ke???mainan perasaan je kot)

Sebab rindu ni kita takkan berbalas & tidak kesampaian
Namun saya percaya, mungkin ada hikmah disebalik R.I.N.D.U nii


Jom kita hayati lirik lagu oleh Hijjazz ni..


Rindu itu adalah ,Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani ,Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian,Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan, Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa,Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana ,Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu , Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan



Ape yang korang faham dgn lirik lagu diatas???
Tadaaa....bg pendapat saya lah kn, rindu ni salah satu anugerah drp Allah yang tidak ternilai..
Akan tetapi,rindu ini jugak luas sifatnya

Lets think positive about 'R.I.N.D.U'
JGN jadikan rasa rindu itu sbg PENGHALANG,
JGN BINASAKAN diri kita hanya kerana rindu,
Rindulah pada ALLAH, penciptamu ... RABBUL IZZATI ('',)


:::0002::: ~ Sakit Itu Ujian Allah ~

2 comments

Salam...



Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang  kita terhadap sesuatu perkara.
“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya 
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maha PengasihNya Allah s.w.t.
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.
Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi  dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan  yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi  berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.
Mudahnya Islam
Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan  isyarat mata.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)
Jumarni Bte Abdurachman
“Hidup untuk agenda Allah”
P/S : Mati itu pasti

Orang Baru Dalam Dunia Blog

1 comments

Salam....

Pada saat ini 23/11/2011 11.43 AM, maka sudah tersign in lh sy dlm dunia blogger ini.. dan secara automatiknya sy telah menjadi org BARU dlm dunia blog ni...
sapa sy???aah,itu tdk penting kot..sbb ini bkn sesi suai knl mahupun sesi orentasi utk yg bru join kn??hehehe (gelak sopan)

On my opinion lh kn,blog ni kebanyakkan nye blogger menulis (oopppsss,menulis ke,menaip daa) info + maklumat tentang dunia & ukhrawi right???

Cmne sy blh terbukak hati nk klik utk create blog ni???tadaaaaa......twink twink twink... hal sedemikian ini terjadi apabila housemate  berblogger utk blog beliau (http://nugrulsakura.blogspot.com/)..nk kate sy ni terpengaruh mungkin sikit je kot..hahaha (cmne xterpengaruh,hari2 baca blog beliau,ayt pn blh tahan gak la)

Untuk ape sy berblogger ini???tadaaaa...jwpnnye adalah utk suka suki je lah (mengisi masa lapang,sbb skrang ni masa memang byk lapang sgt)



Biase lah kn klu orang yang berlesen 'L' ni kn,semestinya kekok (mmg xreti langsung hal blog2 ni), sy dengan rasa rendah diri ingin meminta pertolongan drpd blogger yg terer jika sy  mengalami kesulitan dlm pembikinan blog ni..maklumlah,first trial...ni pn saya maen hentam je,maen klik2 je..ha3..Diharap blogger2 yang berpengalam ini dpt mengajar sy..kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih

P/S :: Serius,mmg xreti berblog2 ni,minta kerjasama yep sape2 yang terer merer tu..sharing is caring!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...